Sunday, 27 August 2017

KOMPILASI CELOTEH MURID & GURU (31-40)



Celoteh Murid & Guru (31)

Adakah Allah Terima Doa Kita?

“Wahai Guru, habis kuliah semalam, ada makcik jumpa dan bertanya, “Makcik sudah lama  berdoa akan suatu hajat, tetapi masih belum berlaku apa yang makcik minta”, lebih kurang begitu keluhannya guru”, soal murid.

“Apa yang kamu jawab?”, balas Guru.

“saya membaca kata hikmah Syaikh Ibnu Athoillah Guru”, jawab murid.

“Yang mana? Bacakan, Guru mahu dengar”, balas Guru.

“Kata Syaikh Ibnu Athoillah, Jangan lah kerana bila waktu doamu itu lewat dimakbulkan sedangkan engkau orang yang bersungguh-sungguh berdoa menyebabkan engkau berputus asa. Sungguh Allah telah memberi jaminan akan mengkabulkan doa mengikut APA YANG DIA KEHENDAKI untuk kamu BUKAN APA KAMU KEHENDAKI. Dia juga telah memberi jaminan akan mengkabulkan doa pada MASA YANG DIA KEHENDAKI bukan pada masa yang kamu kehendaki”, jawab murid dengan penuh adab.

Apa ‘respon’ makcik tu?, Tanya Guru.

“Saya syarahkan sedikit kata hikmah itu Guru dan makcik itu berkata, dia sudah dapat jawapan untuk bersangka baik dengan ketentuan Allah”, terang murid.

“Betul jawapan kamu, pandai. Ini lah tujuan belajar”, Balas Guru gembira melihat kematangan ilmu anak muridnya.


Celoteh Murid & Guru (32)

Bertangguh Itu Tipu Daya

Sang Guru memerhatikan kelibat muridnya yang sedang rehat, lalu kata Guru,

“Anakku, hidup ini kalau nak berjaya, jangan bertangguh.”

“Erk, baik Guru, maafkan saya Guru”, balas murid menunduk malu.

“Anakku, biasa kita dengar, suka bertangguh-tangguh ini pintu kegagalan, ini satu dan ia betul. Tapi Guru mahu kamu juga faham  bahawa bertangguh-tangguh dalam perkara kebaikan, belajar, amal soleh itu adalah tipu daya Nafsu. Ini yang Ulama’ pesan.


Celoteh Murid & Guru (33)

Adab Mendahului Ilmu

“Anakku, adakah kamu tahu kenapa setengah Guru tidak memulakan pengajian kitab tetapi memulakan pelajaran adab?’, soal guru.

“tidak tahu guru”, balas murid.

“Kerana, memberi ilmu kepada manusia yang tiada adab seperti memberi harta kepada bukan pemilik yakni pencuri. Ingat anakku, tidak dikatakan seseorang itu berilmu melainkan tinggi adab dan akhlaknya”.


Celoteh Murid & Guru (34)

Awal Tipu Daya Dalam Menuntut Ilmu

“Anakku, di dalam Kitab Bidayatul Hidayah karya Imam Ghazali rhm,  Imam Ghazali menyindir halus sikap setengah ahli ilmu hanya bercerita kelebihan ilmu dan ahli ilmu tetapi tidak menyampaikan ancaman kepada ahli ilmu”. Cerita Guru.

“Ancaman bagaimana Guru”, soal murid.

“Ancaman utama ialah Laknat kepada mereka yang nelajar tidak beramal dengan ilmu yang mereka pelajari. Ini jarang disampaikan”, Pesan Guru dengan nada serius.


Celoteh Murid & Guru (35)

Muliakan Wanita

Selepas majlis maulid, si Guru memanggil anak muridnya dan berpesan,

“Wahai Anakku, kelak kamu akan berjumpa ramai wanita. Maka aku ingin berpesan kepada kamu”, ujar Guru.

“ya Guru, apa pesanan Guru? Seakan-akan Guru tahu aku sedang diuji hal ni?, soal murid.

Anakku, kata pujangga, " (Wahai lelaki) Wanita yang membukakan pintu hatinya kepada kamu, hanya mengharapkan dua perkara daripada kamu tiada yang ketiga. (yakni) sama ada kamu kekal di dalamnya (hubungan) dengan penuh kasih dan cinta atau kamu kembali menutupi pintu-pintu tersebut dengan ketenangan dan kelembutan. Maka janganlah kamu memperlakukannya dengan apa jua tindakan yang lain.", ungkap Guru dengan penuh indah.

“akan ku pegang nasihatmu Guru”, jawab murid.


Celoteh Murid & Guru (36)

Cinta Itu Juga Melepaskan

Di malam yang hening, Guru melihat muridnya termenung jauh,

“Anakku, kamu masih teringat kan gadis itu?”, soal Guru

“eh tiada Guru, hanya…..”, jawab murid sambil menarik nafas yang agak panjang.

“Anakku, ingat cinta Itu juga bermakna melepaskan. Ya, melepaskan cinta makhluk dalam batinmu untuk menggapai Cinta yang lebih Haq”, pesan Guru.

“bukan senangkan guru”, balas murid.

“ya, ambil masa juga dan ini lah masanya mengambil peluang mendekatkan diri kepada Allah”, nasihat Guru.


Celoteh Murid & Guru (37)

Sebab ketaatan dan sebab Maksiat

“Anakku, ada tiga perkara yang penyebab orang melakukan taat dan tiga penyebab juga manusia melakukan maksiat”, ujar Guru.

“Apa tiga perkara itu Guru”, tanya murid.

“Hatim Al Ashom berkata, sebab ketaatan pada TIGA perkara yakni sedih, redha dan cinta sementara sebab kepada maksiat pula ialah sombong, tamak dan hasad”, jawab Guru.


Celoteh Murid & Guru (38)

Cinta itu tidak mesti memiliki

Suatu malam, datang si murid menceritakan perihal ujian perasaan yang dialaminya kini. Setelah lama mendengar ceritanya muridnya, Guru berkata,

“ Anakku, cinta itu tidak mesti memiliki. cinta itu adalah mengharapkan orang yang kamu kasihi itu bahagia. Jika bersama orang lain atau keputusan yang diambil itu lebih bahagiakan dia, maka itulah cinta. ya kamu tidak memiliki, tetapi hati kamu telah berkorban demi bahagia yang sebenar. bukan kah Nabi bersabda, orang yang paling bahagia adalah orang yang membahagiakan orang lain”

“doakan jiwa saya kuat Guru”, balas murid dengan nada agak sebak.

“Anakku, ujian sebegini memang datang untuk kuatkan jiwa kamu”, kata Guru.


Celoteh Murid & Guru (39)

Gaya Fikir Yang Luar Biasa

“Anakku, banyak perkara yang tertulis di dalam media dan banyak peristiwa berlaku yang sukar untuk kita terus fahami”, ujar Guru.

“Benar Guru, banyak persepsi kan Guru”, balas murid.

“Ya anakku, oleh kerana itu kamu mesti berfikiran luar biasa”, jawab guru.

“Maksud Guru”, soal murid.

“Anakku, dalam hidup sekarang, apa jua isu dan perkara disekeliling, belajar melihat sesuatu dari pelbagai wajah. banyak input dan ilmu baru dan tersirat akan diperolehi. Pemikiran sehala adalah pemikiran biasa-biasa. Selagi kita berfikir sehala selagi itu kita tidak akan menjadi luar biasa. Bagaimana menjadi luar biasa? lihat sesuatu dari banyak sudut dan kacamata”, syarah Guru.


Celoteh Murid & Guru (40)

Punca Stress

Ketika minum pagi bersama Guru, Guru menyebut,

“Hakikatnya kebanyakan punca permasalahan utama dalam kehidupan ini seperti stress, tiada tenang, resah, marah, sempit dada, tidak merasai khusyu' dan tidak juga rasa insaf ialah datang dari hati yang berpenyakit. Apabila hati bermasalah, perkara yang bukan masalah pun akan jadi masalah. Apabila hati tiada masalah, perkara yang bermasalah pun akan jadi tiada masalah."

Tambah Guru lagi,

"Kerna itu Rasulullah memberi penekanan ilmu tazkiah (penyucian jiwa) dalam dakwah Baginda SAW. Betapa lengkapnya agama ini, ada pendidikan rohani dan jasmani. Namun sayang, ilmu tazkiah atau tasauf tidak dipandang penting dewasa ini”, terang Guru panjang lebar.

“benar Guru, ramai hari ini yang nampak berjaya tetapi tidak bahagia, hidup mereka stress. Apa makna kehidupan begitu kan Guru”, balas murid.

“Wah, sudah pandai kamu menyusun ayat sekarang ya”, kata Guru (rasa bangga dengna muridnya).

“Terima kasih Guru”, balas murid.



#angahsunan

#celotehmuridguru
#santaibantai










Thursday, 20 July 2017

KERIS MENDATANGI PEWARIS & SOAL JAWAB



Bismillah. Setelah perkongsian hamba tentang keris yang bertajuk ‘Pusaka, Rahsia & Dzat Keris pada artikel lepas, hamba mendapati ramai yang meminati ilmu perkerisan dan meminta sambungan penulisan ilmu keris. Hamba juga menerima banyak persoalan, pendapat dan pengkisahan dari mereka yang mewarisi keris di ruangan komentar dan ‘inbox’ samada di page Patriots atau ‘facebook’ peribadi hamba (tempat asal hamba menulis). 

Link tulisan Pusaka, Rahsia & Dzat Keris : 
https://www.thepatriots.asia/archives/4275

Maka, hamba mengumpul akan beberapa soalan dan tanggapan yang hamba akan jawab dan ulas pada tulisan siri kedua ini. Hamba percaya, sebelum masuk ke bab lain dalam ilmu keris, sewajarnya persoalan-persoalan dari artikel sebelum dijawab terlebih dahulu. Syukur, hamba juga mendapat izin Guru hamba untuk terus berkongsi. Sebahagian soalan dan pengkisahan yang diajukan: 


1. Bagaimana kategori Keris Sepukal?

Alang-alang yang bertanya apakah ia keris sepukal, maka hamba menjawab, keris melayu diberi nama berdasarkan berapa banyak lok. Ia seperti berikut:

Keris Berpukal atau Sepukal – keris lurus (atau lok 1).
Keris Berlok – Lok 3 hingga Lok 19.
Keris Sempena – Keris yang berlok 3,5 dan 7.
Keris Tambang Sari – Keris yang berlok 13.
Keris Cerita – Keris yang berlok 9,11,13 hingga 15.
Keris Rantai – Keris yang berlok 17 lebih.


2. Ada keris yang kelihatannya ada ‘imprint’ jari pada bilahnya, seakan-akan ditempa hanya menggunakan jari?

Di sana ada keris yang dinama kan keris picit iaitu keris yang ditempa menggunakan picitan jari. Biasanya digunakan untuk tujuan perubatan, kebatinan dan mistik.

Keris Picit (sumber gambar : pakarpengasih.com)

                                   
3. Adakah Keris Malela termasuk keris?

Dalam masyarakat Melayu, falsafah pembuatan bilah keris mempunyai pelbagai penjenamaan nama mengikut daerah pembuatannya. Penjenamaan nama-nama bilah keris tersebut adalah berdasarkan kepada bahan baku, bentuk keris yang dicipta dan siapa penempanya. Sebagai contoh, di daerah Patani dan Kelantan, Keris Malela dibuat dengan menggunakan besi sebatang dan berwarna gelap dengan menampakkan lurah-lurah penempaan yang dalam semasa penempaanya, kuat dan kukuh.

Malela. Sumber : Koleksi Penulis


4. Adakah Sundang termasuk keluarga keris?

Ya, termasuk keluarga keris. Keris sundang atau juga dikenali keris Suluk dibuat dengan falsafah dan tujuan menetak, memotong atau melibas tali kapal dengan bilah mata yang tebal, lebar dan berat. Pembuatan tersebut bertepatan dengan masyarakat Sulu pada suatu ketika dahulu merupakan pelayar dan memerlukan senjata yang kuat dan kukuh semasa dalam pelayaran.

Sundang Suluk. Sumber gambar vikingsword.com


5. Kenapa orang Melayu memakai keris di depan manakala Jawa di belakang?

Orang Melayu mempunyai falsafah yang berbeza daripada orang Jawa dalam gaya dan cara pemakaian keris. Umumnya, orang Melayu mensisipkan keris di pinggang, iaitu dibahagian hadapan badan dengan menaruhkan harapan kepada keris lebih utama daripada diri mereka sendiri (keris didahulukan dari mereka sendiri). Apabila dilihat dari hadapan, musuh atau lawan sudah berandaian bahawa si pemakai keris sebenarnya sudah siap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. 


Keris di hadapan. Sumber gambar : https://khalifahgayong.wordpress


Sementara bagi orang Jawa, keris disisipkan dibahagian belakang badan mereka dengan niat untuk sentiasa berwaspada dan keris dicabut daripada sarungnya apabila diperlukan. Lantaran itu, keris yang disembunyikan dibelakang badan juga bertujuan untuk mengelirukan lawan. 

Keris di belakang. Sumber (https://wisatajiwa.files.wordpress.com/2009/08/keris-yogya-indonesia.jpg)



Meskipun ada perbezaan cara memakai keris, tapi keutamaan mereka adalah sama iaitu Keamanan. Oleh kerana itu, baik orang Jawa atau Melayu, kedua-duanya berkongsi falsafah yang sama dalam hulu keris. Jika HULU MENGHADAP KE DEPAN, bermakna datang bertujuan bertarung. JIKA HULU DI BELAKANGKAN, datang dengan tujuan damai. peace no war. 


6. Dalam tulisan (sebelum ini), ada dinyatakan bahawa ‘keris pusaka mendatangi  pewaris’. Apakah maksud Keris Pusaka Mendatangi dan bagaimana ia?

Secara umum, ia kadang-kadang tidak masuk akal tetapi berlaku dengan izin dan takdir Allah. Barakah karamah para moyang yang terdiri dari auliya. Hamba menyaksi kan beberapa kali hal ini bagaimana keris mendatangi tetapi hamba tidak pasti adakah sesuai atau tidak dikongsi kan disini.

Cukup hamba kongsikan Keris mendatangi contohnya, keris pusaka tersebut sudah diwasiat oleh leluhur agar diberikan kepada cucuku yang sekian sekian sifatnya. Kadang-kadang cucu yang dimaksudkan itu boleh jadi cucu generasi ke 4 atau 5. Ini padangan secara Kasyaf yang dibuka oleh Allah pada leluhur yang merupakan Wali Allah akan cucunya kemudian. Maka keris itu berpindah dari satu generasi ke satu generasi sebagai pemegang amanah sahaja sehingga ia sampai kepada pewarisnya. 

Keris pusaka kalau bukan milik atau tidak berjodoh dengan seseorang, jangan diterima, biasanya akan sakit-sakit. Tanda keris itu serasi dengan seseorang pula, tiada apa-apa sakit berlanjutan selepas penyerahan. Wallahu’alam. (Lihat Soalan No. 7 : Jawapan pantang larang keris) untuk lebih memahami.

Apa yang berlaku tiada lain di bawah takluk Qudrah dan Iradah-Nya jua. Hal itu hanya asbab, al-musabib (penentu mutlak) hanya Allah. Sebab itu hamba berpesan, mereka yang ingin menyelami ilmu orang-orang dahulu mesti mempelajari tauhid makrifat kerna ilmu orang dahulu, usulnya disitu. Kaitannya terlalu banyak. Jangan hanya semangat tetapi memasukinya dengan jahil. 

Adapun lanjutan kisah ini, adalah lebih baik, dikongsi secara berhadap sebagai tanda benar mahu mengambil ilmu. Ilmu pusaka begini maharnya bukan duit tapi adab yang tinggi. 

Ketika hamba membaca ruangan komen, ada satu satu komen secara terbuka telah dikongsi oleh seorang hamba Allah. Ini adalah pengalaman peribadinya yang benar. Hamba naqalkan di sini bertujuan hal ehwal pengalaman penyerahan keris kepada pewaris adalah ‘real’.  Ia adalah seperti berikut:

“Saya menyimpan sebilah keris dari tanah bugis. tak pasti sama ada jenis ini yang panggil keris bugis atau bukan, tapi ia adalah benda pusaka yang tidak diserahkan secara sempurna kepada saya sehingga mengalami situasi pelik sehingga sekarang. 

Saya mendedahkan hal bukan berniat untuk mejual keris ini tapi mencari sesiapa yang arif tentang benda-benda macam ni dan membantu saya menyelesaikan masalah yang saya alami selama 12 tahun sejak tahun 2005. Kaitan keris dengan masalah saya hanyalah andaian yang dapat saya fikirkan beberapa bulan lepas setelah mengingat kembali rentetan kejadian yang telah berlaku. 

Selepas kematian ayah saya pada tahun 2005, pada suatu malam semasa mengerjakan sholat tahajud, terasa ada sesuatu menerpa dari arah belakang. sejak itu pelbagai peristiwa pelik yang saya alami seperti tubuh sudah diambil alih, tanpa sebab menangis, airmata tak kering tiba ketawa, tidur di katil tapi pernah bangun di atas jalan, pernah juga bangun di atas pokok dan pebagai lagi hal pelik sehingga orang di sekeliling menggelarkan saya gila. walaupun sedar tapi tak mampu nak halang. pernah berubat dengan seorang nenek dan saya melihat nenek itu menggigil ketakutan dan memberi tahu benda ini dari benda pusaka. tapi seingat saya, saya tak ada menyimpan benda begitu, jadi saya pun abaikan saja. 

Pada tahun 2008, saya menerima pesan moyang sebelah bapa yang sedang sakit meminta saya ke tanah bugis sebab ayah sudah tiada. dialah yang menyimpan keris ini. Jadi saya pun ke sana. Selama 2 minggu menjaganya di hospital, tak pernah pun disebut tentang keris ini sehingga meninggal dunia. selepas urusan pengkebumian semua selesai, seorang saudara mara menyerahkan keris ini kepada saya. Jadi saya pun tanya kenapa saya? katanya semasa hidup arwah telah berpesan untuk menyerahkan keris ini kepada ayah saya tetapi ayah sudah tiada maka sebagai anak sulung, sayalah yang layak untuk menyimpannya”.

Begitulah kisah bagaimana keris berada dalam simpanan saya. hubungkait keris dengan masalah yang saya alami hanyalah andaian saya, sebab itu saya mencari sesiapa yang arif tentang hal sebegini untuk memastikan"

Untuk pengetahuan pembaca, hamba sudah berurusan dengan hamba Allah ini. Menurut salah seorang Guru keris hamba setelah meniliti kisahnya, 

“Keris itu memang keris pusaka dia dan ahwal yang berlaku itu adalah berkait dengan spiritual keris. Minta dia simpan dan jaga elok-elok keris tersebut”, kata Guru hamba.

Insya Allah, kami akan bertemu dalam masa terdekat untuk menyempurnakan apa yang sepatutnya disempurnakan. Ada lagi beberapa individu menghubungi hamba bertanya hal yang mirip di atas. 


7. Apakah pantang larang keris dan adabnya? 

Emil Bahari (pengkaji keris) menulis, Keris ini Pantang direndahkan, pantang dilangkahi, pantang terbiar, pantang dipermainkan, pantang tidak serasi, pantang dipakai mencari lawan, pantang dipakai untuk sombong dan bongkak, pantang dipakai untuk mengina, pantang dipakai menyalahi adat, pantang dipakai pada yang tak sesuai, pantang dicabut sembarangan, pantang dicabut secara menyalah. Intaha (tamat)

Hamba sentuh sikit tentang “Keris Pantang direndahkan”. Adab pemakai keris paling asas ialah tidak merendah-rendahkan keris orang lain. Kendatipun kita mengetahui keris itu tidak bagus, adabnya tidak diperendahkan. Ini pantang. Semua pantang di atas berhubung kait dengan adab. Satu lagi jangan sombong. Ingat, ilmu orang  dulu-dulu tidak menjadi jika sombong. Mana mungkin ilmu yang berasakan tauhid makrifat duduk bersekali sifat kesombongan.

Keris juga Tidak dibiarkan telanjang tanpa sarung (kecuali ada hajat), tidak terangkat hunus di hadapan manusia kecuali memaksudkan pertarungan, tidak dicabut separuh atau dimasuk separuh, tidak diletakkan di bilik kelamin (bilik suami isteri ‘bersama’), tidak dibuka di hadapan anak kecil dan dsb. 


8. “Keris pusaka sudah ada, keris untuk diri sendiri juga sudah ada. Keris pangkat sahaja belum ada”.

Dulu keris pangkat diperolehi dari SULTAN atau PEMERINTAH BERDAULAT. Keris yang dikurnia oleh Sultan atau Raja adalah lambang kuasa. Selalunya, apabila Raja melantik pembesar, keris akan dikurniakan sebagai tanda kuasa diturunkan kepadanya secara sah. Sebagai contoh, bila Sultan Melaka mengurniakan  keris Taming Sari kepada laksamana Melaka. Sultan perak mengurniakan keris bawar (sebilah keris panjang) kepada setiap orang besar jajahan.


9. “Melayu dahulu tidak akan keluar rumah tanpa keris, kerana ia dianggap keluar dalam keadaan bertelanjang” (merujuk kepada tulisan sebelum). Soalnya, ‘Dahulu’ itu bila?

Tercatat dalam sejarah Johor pada tahun 1824, iaitu di mana John Crawfurd, Residen Singapura telah
menyuarakan pendapat untuk mengharamkan penggunaan senjata tajam. Cadangan tersebut ditolak oleh Sultan dan Temenggong kerana mereka mengatakan mereka bagaikan bertelanjang tanpa keris di pinggang. Tahun 1824 boleh dianggap baru juga boleh dianggap lama. Yang pasti Budaya Perkerisan dalam masyarakat melayu sudah berakar umbi sejak dahulu dan ia diwarisi ke satu generasi ke satu generasi. Maka itu penulis menggunakan ‘melayu dahulu’. Jika tidak tepat, hamba mohon kemaafan.


10. “Sekarang kalau bawa keris, masuk lokap nanti” (komen sinis ini ramai juga, tapi hamba anggap mereka bergurau).

Mudah jawab begini, dalam tulisan lepas tiada satu ayat suruhan agar para pembaca keluar membawa keris. Hamba hanya manaqal sejarah leluhur kita dahulu yang tidak akan keluar tanpa keris. Zaman sekarang, meskipun tidak membawa keris seperti zaman dahulu, akan tetapi yang paling penting sebenarnya adalah membawa semangat Jati diri keris iaitu Tunduk kepada Allah (makrifat), diri beraAdab (tasauf) dan membina/memakmur peradaban (tugas khalifah). Jika bawa keris ke sana sini tetapi tiada faham maksud, tiada bermanfaat juga melainkan hanya menjadi ‘fesyen’. 


11. Mendapat tahu ada keris boleh masuk ke Istana ada yang tidak boleh. Apakah ia?

Menyentuh aspek pemakaian keris di alam Melayu khususnya ketika memasuki istana dan menghadap Sultan, hanya keris tertenyu sahaja boleh dibenarkan masuk. Demikian juga dalam masyarakat Jawa.

i. Keris  yang boleh masuk ke Istana dalam masyarakat Melayu. Hanya keris berhulu Jawa
Demam dan Pekaka sahaja dibenarkan berada di balai rongseri. 

Hulu Jawa Demam. Sumber (koleksi penulis)


Hulu Pekaka. Sumber : kemuningwarisan. Mirip Hulu Jawa Demam cuma paruhnya panjang sedikit


Manakala bagi keris yang berhulukan Ayam Teleng atau Patah Tiga, keris berhulu tersebut adalah di tegah sama sekali dari masuk ke istana. Hal ini disebabkan kerana keris berhulu Ayam Teleng atau Patah Tiga dicipta dengan berfalsafahkan untuk tujuan pertikaman.


Hulu Ayam Teleng. Sumber : kemuningwarisan

Hulu Patah Tiga. Sumber : Koleksi Penulis


ii. Keris yang boleh masuk ke Istana dalam Masyarakat Jawa.

Dalam tradisi masyarakat Jawa. Hanya keris bersampir (berperahukan) Ladrang sahaja yang diizinkan berada di dalam keraton atau Istana. Bentuk hulu dan sampir seperti mana yang dinyatakan adalah berfalsafahkan kepada keris tersebut melambangkan ‘keris istiadat dan beradab’. 

Sampir Ladrang. Sumber : Koleksi Penulis

Sementara keris yang bersampir gayaman dilarang masuk ke keraton/istana dengan berfalsafahkan bahawa keris yang bersampir gayaman adalah untuk tujuan pertikaman atau pertarungan. 


Sampir Gayaman. sumber : Koleksi penulis


12. Bagimana cara memakai keris?

Disiplin memakai keris di kalangan orang melayu dari golongan rakyat biasa agak berbeza dari orang jawa. Bagi orang melayu, keri yang berupa hadiah atau pemberian baik dari bapa mertua atau sesiapa sahaja disisipkan di pinggang sebelah kanan. 

Jika berhadap Sultan atau orang terhormat, sahabat handai (yang bukan tujuan bertarung) keris dipakai hulunya mnegarah ke belakang kerana ia simbol perdamaian berbeza jikalau hulu keris menghala ke hadapan, ia simbol pertempuran atau perang. 

Bagi seorang Raja atau Sultan mesti memakai keris dengan hulunya menghadap ke luar kerana ia melambangkan kedaulatannya. 

Pengecualian kepada pengatin lelaki dari rakyat biasa di majlis perkahwinan, keris dipakai hulu ke depan kerana pada hari tersebut, dia adalah Raja walau Raja sehari. 

Pengatin lelaki memaki keris berhulu ke depan
Gambar : Butik Sri Pengatin Shakira


Disamping itu, bahagian Sampir dan ekor Cicak keris menghala ke luar.

Ini cara yang salah memakai keris, bahagian sampir dan ekor cicak sepatutnya berada di arah sebaliknya. Sumber gambar : kosmo Online


13. “Mempertahankan diri tidak semestinya menggunakan keris”.


Falsafah keris daripada kaca mata orang Melayu bukan sekadar hanya alat mempertahankan diri tetapi ia lebih dari itu. Keris sebagai pertahankan diri salah satu juzu’ dari fungsi dan falsafah keris. Ia juga perlambangan maruah diri seseorang.  Seperti mana petikan dalam Tuhfat Al-Nafis, bahawa Raja Haji Ahmad & Raja Haji Ali 1982: 280, meriwayatkan tentang kisah Dahing Ringgik (Daeng Ronggek) yang menikam askar Belanda yang cuba merampas keris beliau. 

Hendaklah diketahui, keris diperbuat daripada besi yang mempunyai getaran sendiri, sama seperti unsur semula jadi lain iaitu tanah, air, api dan angin. Sudah terbukti secara saintifik bahawa unsur-unsur semula jadi ini mempunyai getaran yang kita sebut sebagai semangat.  Oleh kerana itu mengikut Guru Mohd Nordin (pengumpul dan perunding keris), katanya, keris yang serasi dengan pemakai mempunyai getaran yang positif. “Jika dipakai ketika bersosial, maka ramailah yang mudah mesra dengannya. Jika ada musuh menghampiri, mudah juga orang itu menyerah kepadanya. Dek kerana getaran itu jugalah keris diberi peranan melebihi sebagai satu senjata. 

Ada juga kepercayaan bahawa keris yang mempunyai getaran yang positif (serasi) dapat membantu meningkatkan perniagaan, selain menyumbang kepada kesihatan si pemakai. Tetapi jika tidak serasi, sama seperti kita tersalah makan ubat, atau memakai kasut saiz yang salah, ia membawa mudarat atau makan tuan,” (temu bual wartawan kosmo dengan Guru Mohd Nordin).

14. Keris ghaib dalam tangan

Ya, tidak mustahil ada. Menurut cerita lisan yang hamba dengar dari guru keris, ilmunya adalah keris dighaibkan dan disimpan dalam tangan melalui bacaan doa dan kekuatan tauhid. Bukan semua boleh menurunkan ilmu ini dan tidak semua boleh terima ia. Saat tiba agama, bangsa dan tanah air serta diri terancam, maka terzahirkan ia keris untuk mempertahankan. Bukan suka suka dan menyombong.  

15. Adakah keris berasal dari Indonesia? Malaysia tiada keris. 


Hamba jawab, keris sudah bertapak di kepulauan tanah melayu sejak 700 tahun. Ketika itu belum ada lagi Indonesia (ditubuhkan tahun 1945), belum ada Malaysia (ditubuhkan 1963). Kita semua serumpun yang berkongsi rupa paras, wajah, bahasa dan budaya yang mirip. Sepatutnya kita berbangga berkongsi sejarah dan budaya yang sama bukan mendakwa pemilikan.  

16. Berapa harga keris kalau berhajat mendapatkannya?


Biasanya orang lama - lama dalam keris dia tidak bertanya berapa HARGA keris kalau nak beli, tetapi dia bertanya, berapakah MAHAR nya. Apa beza istilah harga dan mahar? Seperti tulisan yang lepas, orang yang sudah lama dalam perkerisan, ia akan maklum bahawa barang-barang keris bukan barang dagangan jual beli. berlaku pertukaran milik kerana hadiah, pusaka atau diberikan mahar (sebagai tanda terima kasih), berbanding orang baru yang akan anggap keris adalah barang jual beli.

Sampai disini sahaja kita bertemu secara mata pena. Terima kasih atas sokongan para pembaca. Insya Allah, jika di izinkan Allah dan mendapat restu Guru, hamba akan menulis lagi ilmu keris. Hamba suka untuk mengupas falsafah Hulu dan Sampir / Perahu pada keris yang berkait Melayu Si Raja Laut. Hulu dan Sampir serta bilah itu menceritakan sebuah kerajaan, penguasaan laut dan KOD PERTAHANAN. Sekiranya ada persoalan atau perkongsian bersifat sulit boleh hubungi penulis melalui emel. Mohon izin berundur sekian. Allahu Wa Rasuluhu a’lam.

Yang benar,

Angah Sunan                                                                                            
sunan.angah@gmail.com
Selesai 20 Julai 2017, di atas Udara OTW dari Tokyo, Jepun pulang ke Kuala Lumpur.
 

Thursday, 13 July 2017

KOMPILASI CELOTEH MURID & GURU (21-30)



CELOTEH MURID & GURU (21)

Orang Yang Paling Rugi Di Bulan Ramadhan

Suatu malam di bulan Ramadhan, Guru berkata, "Anakku, tahukah kamu siapakah paling rugi di bulan ramadhan?".

"Siapa Guru?", soal murid

"Mereka yang sudah bangun sahur tetapi tidak langsung meluang masa solat malam hari (tahajud dsb) dan selepas sahur pula terus tidur tanpa sempat kerjakan solat Subuh. Akhirnya solat dhuha ada qunut", terang Guru.

"Eh, macam ramai yang begitu Guru", balas Murid.

"Memang ramai anakku", kata Guru.

#angahsunan
#celotehmuridguru
#santaibantai


CELOTEH MURID & GURU (22)

Dua Golongan Pelajar Agama

“Anakku, apa niatmu belajar di Madrasah”?, soal Guru.

“Jadi Ulama’ Guru’, jawab Murid.

“Anakku, ada dua golongan yang menyambung pelajaran bidang agama, Pertama, dia belajar untuk mendapat Ijazah dan niatnya untuk kerja makan gaji. Kedua, dia belajar agama untuk benar-benar beramal dan menjadi Ulama’ yang hidup untuk ummah”, Jawab Guru.

“Adakah golongan pertama itu salah”?, Tanya murid.

“Tidak salah anakku, cuma zaman sekarang, kita kekurangan golongan kedua. Hasilnya, kita ketandusan ulama’ yang berani berkata benar dan ‘no conflict interest’”, terang Guru.

“Walaubagaimanapun, niat yang ikhlas itu lebih utama. Apa juga golongan, jika dia ikhlas, itulah pelajar dan ulama’ yang berjaya disisi Allah”, Guru menambah.

#angahsunan
#celotehmuridguru
#santaibantai


CELOTEH MURID & GURU (23)

Saat Kamu Jatuh Cinta

"Anakku, kamu pernah jatuh cinta?", tanya Guru.

"Erk, belum pernah Guru. cinta monyet ada dulu, tapi tidaklah sampai cinta yang serius Guru", balas murid.

"Anakku, musuh kepada cinta adalah kehilangan. namun tidak dapat tidak kehilangan tetap akan berlalu. Oleh kerna itu, aku ingin berpesan anakku, saat kamu menyintai seseorang kelak, saat itu juga kamu kena bersedia kehilangannya", terang Guru.

"Anakku, antara kamu dan pasangan pasti ada yang 'pergi' dulu. Jika tidak kamu dulu, dia dulu. Ataupun serentak. Kehilangan itu pasti berlaku. Jika hati kamu sudah ada kesediaan, kamu tidaklah terlalu kecewa dan putus asa", tambah Guru.

"Bagaimana menyediakan jiwa ke arah itu Guru", tanya murid.

"Letakkan cinta Allah dan Rasul paling utama dalam hidupmu. Cintai makhluk sekadarnya", jawab Guru.

#angahsunan
#celotehmuridguru
#santaibantai


CELOTEH MURID & GURU (24)

'Tidak Tahu' Itu Adab

"Anakku, hendaklah kamu beradab dengan perkara kamu tidak tahu yakni perkara yang kamu jahil akan ia", pesan Guru dengan tegas.

"bagaimana beradab dengan perkara yang tidak tahu?", soal murid.

"Anakku, jika tidak tahu, katakan sahaja tidak tahu. Buat-buat tahu itu tidak amanah dalam ilmu. Buruk kesannya kepada ummah andai ilmuan bercakap hal yang majhul (yang tidak ketahui)'

"Anakku, sepandai-pandai manusia, dia tidak akan tahu semua perkara. Kita tetap manusia yang lemah dan fakir. Bersikpa tawadhu' lah", nasihat Guru.

#angahsunan
#celotehmuridguru
#santaibantai


CELOTEH MURID & GURU (25)

Belajar dari Haiwan di Zoo Negara

Suatu hari Guru mengajak anak muridnya ke Kota dan menuju Zoo Negara. Ketika melihat haiwan-haiwan di Zoo, Guru bertanya,

"Anakku, apa yang kamu belajar disini?", tanya Guru.

"belajar? bukankah kita di Zoo negara Guru?", balas murid.

"Anakku, sekali bergelar penuntut ilmu, sentiasa dimana-mana dan setiap saat belajar. apa kita lihat ini semua ilmu", tegur Guru.

"begini anakku, saat kaki kita tiba di Zoo ini, haiwan-haiwan kamu lihat ini adalah diri nafsu kamu. kamu lihat anjing yang pelbagai jenis, mereka cerminan nafsu yang tidak pernah puas, tidak pandai bersyukur, terus meminta-minta hingga terjelir lidah. lihat khinzir, ia cerminan nafsu yang merempuh apa sahaja dalam hidup tanpa kenal halal dan haram, langsung tak toleh belakang. Seperti itu juga jika kamu suka menjatuhkan sesama sendiri, tak ubah seperti ketam dan jika suka menikam teman dari belakang, sama seperti kala jengking."

"anakku, jasad manusia cantik, tapi jika hidup mengikuti nafsu yang jahat, hatinya tempat berhimpun nafsu kebinatangan", terang Guru panjang lebar.

#angahsunan
#celotehmuridguru
#santaibantai



CELOTEH MURID & GURU (26)

Hidup untuk apa?

Suatu malam, si Guru bertanya,

“Wahai anakku, apa tujuan hidupmu?”, soal Guru.

“Saya ingin mendapat redha Allah Guru”, jawab murid yang merasakan itu jawapan yang paling baik di hadapan Gurunya.

“wahai anakku, jika hidup semata-mata kerana Kuasa, Harta atau Makhluk hidup kamu akan mempunyai banyak musuh dan pesaing kerana Kuasa, Harta atau Makhluk yang kamu kejar tidak boleh dimiliki semua orang. Kemungkinan berjaya atau tidak, ia tidak pasti. Jika hidup dengan Allah, kamu tidak perlu bersaing kerana Allah boleh dimiliki semua makhluk dan pasti berjaya mendapatkanNya.

“Allahu, mohon doanya Guru”, jawab murid.

#angahsunan
#celotehmuridguru
#santaibantai


CELOTEH MURID & GURU (27)

Apakah itu Ikhlas

“Guru, apakah itu Ikhlas?”, tanya murid.

“Begini anakku, ayat mudahnya, IKHLAS ialah tiada kepentingan diri, buat sesuatu amal kebaikan atau kebajikan tanpa ada maksud diri”, Jawab Guru dengan ringkas tapi penuh hikmah.

#angahsunan
#celotehmuridguru
#santaibantai


CELOTEH MURID & GURU (28)

Gila Kemasyhuran

Dalam perjalanan pulang dari ceramah, Guru berkata kepada muridnya,

“esok-esok, bila kamu sudah jadi Ustaz, elakkan terkena perasan gila kemasyhuran”, pesan Guru.

“bagaimana nak tahu terkena penyakit itu Guru”, Tanya murid.

“bermula penyakit gila kemasyhuran ialah apabila tempat ceramah yang ramai hadirin di hadiri, yang sedikit hadirin tidak dihadiri. Sebenarnya apabila datang berceramah tempat yang walau seorang hadir, itu lah tarbiyah. betapa tiada kemuliaan diri. Amanah ilmu akan menyampaikan ilmu walau siapa dan bilangan di hadapan”, jawab Guru.

#angahsunan
#celotehmuridguru
#santaibantai


CELOTEH MURID & GURU (29)

Kekayaan Sebenar

“Anakku, kamu mahu kaya?”, Tanya Guru.

“Juga ada rezeki, tidak salahkan guru bercita-cita demikian?, jawab murid.

“ya anakku, tidak salah. Tapi yang paling penting kamu wajib pegang ialah Akhlak yang baik adalah sebenar-benar kekayaan. Siapa yang milikinya, pasti dicintai dan disayangi oleh Allah dan Rasul bahkan sekelian makhluk. Seorang yang sederhana atau biasa-biasa dicintai ramai kerana akhlak dan khidmatnya lebih baik berbanding mereka yang alim, kaya dan berpangkat tetapi dibenci orang lantaran kejelikan perangai dan sombong”, terang Guru.


#angahsunan
#celotehmuridguru
#santaibantai


CELOTEH MURID & GURU (30)

Punca Kejatuhan Jemaah Islam

“Anakku, kelak kamu jadi pemimpin manusia. Kamu mesti belajar dan bermuhasabah apakah punca kejatuhan suatu jemaah dan organisasi kumpulan Islam”, madah Guru.

“Anakku, ya Guru, saya ad abaca-baca juga. Bimbang pun ada apatahlagi mendengar jemaah yang sudah puluhan tahun boleh berpecah”, jawab murid.

“Anakku, bermula kejatuhan  suatu kumpulan ialah apabila ahli-ahli gerak kerja hilang ikhlas iaitu ada perasaan 'Mahu Orang Tahu Aku Buat Apa'. Maka banyak kerja organisasi yang melibatkan kerahsiaan, tidak lagi rahsia bocor dalam media sosial. Musuh Islam bergerak dengan penuh rahsia + organisasi rahsia sementara banyak gerakan Islam pula ahli mereka terkena riya', lentok berbicara”. Apa yang berlaku apabila tarbiyah rohaniah diabaikan”

#angahsunan
#celotehmuridguru
#santaibantai



Friday, 7 July 2017

GERAK SILAT GERAK MAKRIFAT



Silat 

Kata Ayahanda kami, Silat ringkasan dari perkataan Silaturahim. Seorang persilat sejati yang bersanad dengan para Aulia adalah zahirnya bersilaturahim sesama insan dan batinnya bersilaturahim dengan Allah. Sanad batin adalah sama iaitu Syuhud dengan Allah dalam setiap langkah, ia adalah pakaian yang sama semua pendekar Alam Melayu, justeru itu tiada bercerai pendekar sejati dengan ilmu Tauhid Makrifat dan Tasawwuf. Ia adalah sanad yang menyambung sampai pada Rasulullah. Adapun sanad Zahir seperti gerak, langkah, bunga, kunci dan buah adalah dicipta atau ilham yang datang daripada para Guru Silat yang dinisbahkan pada pengasas.

Maka apa jua ilmu yang dinisbahkan sanad sampai pada RASULULLAH adalah sanad Syuhudiah bukannya sanad kaedah atau bentuk seperti persilatan, perubatan, gerak jurus, zikir tareqah dan lain-lain. Maka apabila batin mereka tiada syuhudiah, maka ia adalah hal yang terputus sanadnya dengan RASULULLAH SAW.

Gerak Silat atau Jurus yang tiada berdiri atas Tauhid Syuhudi maka ia tiada kekuatan Illahiah tetapi hanya kekuatan yang berasaskan zahiriah semata-mata seperti latihan fizikal, gerak langkah, tenaga dalam, khadam wirid dan lain-lain.

Tiada Tauhid Syuhudi maka pahlawan tersebut tiada miliki kekuatan yang hakiki, bagaimana mungkin mereka kuat jika gerak langkah mereka dalam kesyirikan berhala keakuan diri, ia adalah berhala batin yang bertali dengan iblis yang membuahkan kesombongan, riak dan ujub. Mereka terputus dengan ALLAH dan kekuatan hanya pada zahir semata-mata serta dibimbangi tanpa disedari kedatangan Jin-jin kafir yang membantu kekuatan atau jurus ghaib yang tujuannya untuk menyesatkan.

Segala ilmu yang tiada membuahkan Kefaqiran diri dengan ALLAH adalah tiada berdiri atas ketauhidan yang hakiki. Ia terputus dari sanad batin RASULULLAH. Zahirnya dilihat benar tapi batinnya adalah batil lantaran menyembah keakuan diri. 

Justeru itu segala ilmu dan amal wajib berdiri di atas ketauhidan Syuhudi bukannya iktiqadi. Tauhid iktiqadi hanya sah iman tapi tiada hancurkan berhala keakuan diri. Mereka tetap syirik dalam ilmu, amal, gerak diam yang membawa pada kesombongan.

Pendekar sejati baik ilmu gerak zahir atau jurus batin adalah mereka yang meletakkan kekuatan hakiki pada ALLAH dengan fana’ dalam tauhid Syuhudi. Dalam gerak adanya nafas, dalam nafas adanya al Hayat, dalam Al Hayat adanya Ar Rahman, dalam Ar Rahman adanya DZAT AHADIAH. Syariatnya bergerak pantas, hakikatnya diam sepi dalam Dzat Ahadiah. Tiada daya upaya walau satu gerak melainkan dengan pertolongan ALLAH. Insan wajib kembali pada sifat kefaqirannya yakni tiada miliki apa jua walau satu zarah dan Allah jua yang miliki segalanya. Ia adalah Tauhid yang hakiki yang wajib difahami, diingati, dirasai dan disyuhudkan.

Anak jati warisan bangsa melayu adalah pemilik Tauhid Makrifat, adab dan budi bahasa yang indah, bijaksana dalam melangkah dan Hebat dalam ilmu tempur persilatan.

"Silat Melayu indah tarinya
buahnya penuh keperkasaan
Batinnya silaturahim dengan Tuhannya.
Zahirnya silaturahim sesama insan.
Hidupkan kembali duhai anakku dengan warisan budaya bangsa ini demi pertahankan agama, negara dan maruah diri"


Akademi Silat Pendekar Muda adalah anjuran TV AL-Hijrah yang telah ditayangkan dengan jayanya pada tahun 2016. Ianya untuk menarik minat orang muda dalam mempelajari seni silat yang berteraskan Islam di samping mengekalkan budaya warisan bangsa. Program realiti ini akan memfokuskan kepada seni silat yang menepati ajaran Islam sebenar dan dapat melahirkan individu yang menepati ciri-ciri pemuda yang digariskan agama.

Iko Uwais, pesilat muda Indonesia yang mewarisi ilmu persilatan dari Ayahnya, Mustapha Kamaluddin mencipta nama dalam Dunia Perfileman. Mengangkat  Pesilatan dalam Filem Aksi. 
Setiap silat ada gerak dan falsafahnya, namun terasnya dalah tauhid dan jati diri. Sebagai contoh Teras Pendidikan Seni Silat Gayong (Silat Seni Gayong sebagai salah satu daripada seni silat Melayu tertua terlah terbukti mampu menjadi wadah untuk mempertahankan akidah dan maruah umat Islam).

Teras pendidikan Silat Seni Gayong pada dasarnya telah disimpul dalam kalimah Gayong itu sendiri:

Ga - mewakili genggam. Genggam bermaksud kepatuhan dan taat seti yang tidak berbelah bahagi kepada ajaran Islam dan amanah Silat Seni Gayong yang telah ditinggalkan al-marhum Dato' Paduka Meor Abdul Rahman, Pendita Agung Gayong.

Alif - mewakili angkat. Ia bererti kewajipan murid-murid Gayong untuk menjunjung kedaulatan Al-Quran dan syariatNya. Di samping itu juga, semua murid Gayong mestilah memelihara segala amanah sebagai murid dan ahli Gayong yang digenggam agar ia terus dihormati dan dipatuhi.

Ya - mewakili yakin. Bahawasanya kita beriman dengan kebenaran Al-Quran dan segala apa yang dilakukan hendaklah bertauhidkan Allah S.W.T. Semua murid dan ahli Gayong juga mestilah yakin dengan kelebihan ilmu yang dipelajari dan hanya menggunakannya untuk kebaikan.

Wau - mewakili waras. Waras dalam ertikata sedar, rasional dan penuh keinsafan atas segala tindakan dan keputusan yang hendak diambil. Ia menggambarkan bahawa seorang murid dan ahli Gayong tidak akan bertindak sesuka hati tanpa memikirkan buruk baik dan akibat sesuatu perkara.

Nga - mewakili ngeri. Ngeri dengan kebesaran Allah S.W.T. dan azab seksaanNya, ngeri dalam melakukan sesuatu perkara atau ketika mempamirkan Silat Seni Gayong dan kengerian yang terhasil apabila satu keputusan terpaksa diambil dalam saat-saat genting.

Lima huruf diatas juga melambangkan lima prinsip asas yang menjadi rukun atau teras agama Islam iaitu mengucapkan dua kalimah Syahadah, menunaikan sembahyang fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Mekah. Lima huruf yang membina kalimah Gayong itu juga menekankan bahawa seorang murid Gayong itu mestilah menjaga kewajipan mereka sebagai seorang Muslim dengan menegakkan tiang agama iaitu menunaikan sembahyang fardhu lima kali sehari semalam. Pada hakikatnya, kekuatan seorang murid Gayong terpancar daripada keupayaan melaksana segala titah perintah Allah S.W.T. dan menjauhi segala laranganNya.

bacaan lanjut - http://alumnigayonguia.tripod.com/artikel/etikagayong.htm



#Sumber tulisan dari Ayahanda kami, kami hanya mengolah kembali. 


Tuesday, 13 June 2017

Fasa & Pasang Surut Tamadun Islam di Nusantara

Setelah kita mengkaji dari berbagai macam sumber-sumber sejarah baik primer maupun sekunder, ternyata tamadun Islam di Nusantara yang sekarang mencakupi kawasan Asia Tenggara telah tumbuh dan berkembang dalam dinamika pasang surut gelombang kemajuan dan kemunduran dalam rentang waktu selama 14 abad terhitung sejak abad 8 sampai dengan abad 21 masehi.
Peta Tanah Nusantara suatu masa dahulu
Ada beberapa fasa (gelombang) sejarah Islam di nusantara. Empat gelombang pertama menuju kebangkitan awal dan empat gelombang kedua menuju kebangkitan puncak di akhir zaman (zaman keemasan).

1. Fase Initiation/Perkenalan Awal (Abad ke 8-9 M)
Fase ini dimulai dengan kedatangan rombongan para ulama dan dai yang dikirim Khalifah Sayyidina Usman bin Affan Ra. Mereka terdiri dari 13 sahabat dan tabi’in di bawah pimpinan Saad bin Abi Waqqash Ra ke kawasan Asia Tenggara dan Indochina.

2. Fase Persuation/Membina Kepercayaan (Abad 9-13 M.)
Fase ini dimulai dengan datangnya gelombang para ulama yang dipelopori ulama keluarga Abbasiyah dan para murid Syekh Abdul Qodir al-Jilani antara lain yang termasyhur : Syekh Abdullah Arief pada abad 11 M. di Aceh dan Syekh Abdullah al-Qumari di Kedah Pattani.

3. Fase Expantion/Perluasan (Abad ke 14-15 M.)
Fase ini dipelopori oleh para ulama dan dai dari keluarga Azamatkhan, antara lain :

a. Generasi pertama antara lain: 
1. Syah Ahmad Jallaludin bin Abdullah Azamatkhan, 
2. Syekh Abdul Qadir bin Abdullah Azamatkhan, 

b. Generasi kedua antara lain: 
1. Syekh Jamaludin Akbar bin Ahmad Jallaludin, 
2. Syekh Tsanaudin bin Ahmad Jallaludin yang menjadikan bukit Panau di kerajaan Cermin (cermin Makkah) di Kelantan sekarang sebagai basis kegiatan pengkaderan dan dakwah, 
3. Syekh Isa Alawi bin Syekh Abdul Qadir yang menjadikan pulau besar Malaka sebagai basis kegiatan pendidikan dan dakwah.

Kelima tokoh besar inilah yang dikenal sebagai pioneer dalam permulaan ekspansi dakwah di nusantara.

c. Generasi ketiga antara lain : 
1. Ibrahim Samarkandi bin Jamaludin Akbar, 
2. Barakat Zainal Alam bin Jamaludin Akbar, 
3. Syah Nur Alam bin Jamaludin Akbar, 
4. Muhammad Kebungsuan bin Jamaludin Akbar, 
5. Maulana Malik Ibarahim bin Jamaludin Kubro, 
6. Datuk Sholeh bin Isa Alawi, 
7. Datuk Kahfi bin Datuk Ahmad Pendiri Pesantren Giri Amparan Jati di Cirebon.

4. Fase Renaissance/Kejayaan (Abad ke-15 M.)
Fase ini ditandai dengan terbentuknya emperium Islam yang jaya di nusantara yang dipelopori oleh para ulama dan dai dari generasi keempat keluarga Azamatkhan yang terhimpun dalam lembaga wali pitu yg kemudian disempurnakan menjadi wali songo di tanah Jawa.   

5. Fase Crisis/Kemunduran (Abad ke 16-19 M.)
Fase ini dimulai dengan kedatangan penjajah Portugis disusul kemudian berturut-turut Inggris, Belanda dan Amerika yang secara umum menimbulkan suasana chaos dan anomali kehidupan ummat islam di seantero nusantara.

6. Re-orientation/menemukan kembali nilai –nilai dan merumuskannya dalam idealism perjuangan  (Abad ke 19-20 M.)

Fase ini ditandai dengan banyaknya generasi para putra ulama untuk belajar di Makkah dan pulang kembali ke tanah air sebagai pendidik dan penggerak perjuangan dalam jihad melawan penjajah, antara lain: Syekh Abdus Shomad al-Palimbani, Syekh Daud al-Patoni, Syekh Arsyad al-Banjari, Syekh Nawawi al-Bantani, dan lain-lain.

7. Fase Reformation (Awal abad 20 M.)
Fase ini dimulai dengan kesadaran baru dalam perjuangan yang menekankan pentingnya organisasi dan pergerakan yang dipelopori ulama antara lain : KH. Kholil Bangkalan, KH. Hasyim Asyari, KH. Ahmad Dahlan, Tuk Kenali, dan tokoh-tokoh lain seantero nusantara.

8. Fase Unification – Penyatuan (Penghujung abad 20 M. dan awal abad 21 M.) 
Fase ini sedang berlangsung yang ditandai dengan adanya kesadaran para ulama dan cendikiawan serta tokoh pemuka ummat untuk mensinergikan semua gerakan dakwah islam dalam satu kesatuan network yang terintegrasi sehingga menghasilkan kerjasama (dari sama-sama bekerja) yang efektif dan tuntas.

9. Renaissance / Kebangkitan Islam (Abad 21 M.  )
Fase yang sedang kita tunggu dan kita persiapkan secara proaktif (semoga Allah mempercepatkan).

Sumber : Petikan dari kertas kerja Jejak-Jejak Dakwah & Tasauf Wali Songo oleh Sidi KH Dhiauddin Kuswandi di Wacana Keharmonian Islam Nusantara, Kota Kinabalu, Sabah 2017. 

Saturday, 10 June 2017

Ziarah Sunan Giri - Bayi Yang Dihanyutkan Ke Laut

Syukur, 2/6/16, angah berpeluang menziarahi Makam Sunan Giri yang berada satu kota dengan Makam Maulana Malik Ibrahim atau Sunan Gresik. Secara tepatnya, sekitar 2km arah selatan dari kota Gresik. Makam Sunan Giri berada di Desa Giri, Kecamatan Kebomas, Kabupaten Gresik, Jawa Timur.

Lakaran wajah Sunan Giri
Sunan Giri adalah salah satu Wali Allah yang merupakan pejuang, penyebar Islam di Pualau Jawa, ulama bahkan juga negarawan. Sunan Giri adalah keturunan 23 Nabi Muhammad SAW. 

Info ringkas Sunan Giri yang terletak di Tangga Perkarangan Makam
Makamnya berada di atas Gunung Giri. Anakanda Sunan Giri yang bernama Sunan Dalem yang bertangungjawab membangunkan kompleks makam Sunan Giri pada tahun 1505M.



Di kompleks pemakaman Sunan Giri, terdapat dua buah pintu masuk yang masing-masing berbentuk Gapura Paduraksa yang terletak di sebelah selatan dan timur. Halaman makam Sunan Giri menyerupai empat persegi panjang yang dikelilingi tembok.

Gapura Makam Sunan Giri

Para penziarah tiada masalah besar untuk ke Makam Sunan Giri kerana lokasinya tidak lah sulit. Selain dekat dengan kota Gresik, lokasi makam Sunan Giri juga berada di daerah antara Gresik dan Surabaya. Kenderaan umum juga banyak melintasi kasawan tersebut.
Oleh kerana Makam Sunan Giri berada di atas Bukit Giri, secara tidak langsung, para penziarah juga akan terpesona dengan pemandangan alam. Bahagian dinding luar makamnya, diperbuat dari kayu jati yang dipenuhi dengan ukira-ukiran rumit yang indah. Ini lah salah satu daya pemikat Makam Sunan Giri.
Daya tarik lain juga berbentuk arkelogi dengan bentuk lain. Misalnya, Gapura Pintu masuk yang dibuat dari batu berbentuk kepala naga raja. Jika penziarah tidak mahu berjalan kaki ke Makam, dokar merupakan salah satu cadangan kenderaan untuk tiba di Makam yang berada di atas bukit.
Dokar atau kereta kuda adalah suatu tarikan sampingan kepada para penziarah yang ingin menikmati keindahan alam sekitarnya.

Kedatangan Maulana Ishak
Kisah Sunan Giri bermula ketika Maulana Ishak, seorang ulama dari Gujerat yang menetap di Pasai tertarik mengunjungi Jawa Timur, kerana ingin menyebarkan agama Islam.
Setelah bertemu dengan Maulana Rahmatullah atau Sunan Ampel iaitu saudaranya, beliau disarankan berdakwah di daerah Blambangan. Ketika itu, masyarakat Blambangan sedang ditimpa wabak penyakit. Bahkan puteri Raja Blambangan, Dewi Sekardadu, turut terjangkit. Semua tabib tersohor tidak berjaya mengubatinya.
Akhirnya Raja mengumumkan tawaran bahawa sesiapa yang berhasil mengubati Sang Dewi, jika lelaki itu akan dijodohkan dengannya dan jika perempuan akan dijadikan saudara angkat Sang Dewi. Tapi, tidak ada seorang pun yang sanggup menerima tawaran itu. Saat hampir berputus asa, Sang Prabu mengutus Patih Bajul Sengara mencari pertapa sakti.
Dalam pencarian itu, patih sempat bertemu dengan seorang pertapa sakti, Resi Kandayana namanya. Resi inilah yang member petunjuk tentang Syeikh Maulana Ishak. Rupanya, Maulana Ishak benar mahu mengubati Dewi Sekardadu, sekiranya Prabu Menak Sembuyu dan keluarganya bersedia masuk Islam. Setelah Dewi Sekardadu sembuh, syarat Maulana Ishak pun dipenuhi.
Seluruh keluarga Raja memeluk agama Islam. Setelah itu, Dewa Sekardadu dikahwinkan dengan Maulana Ishak. Sayangnya, Prabu Menak Sembuyu tidak sepenuh hati menjadi seorang muslim. Dia malah iri hati menyaksikan Maulana Ishak berhasil mengislamkan sebahagian besar rakyatnya dan berusaha menghalang syiar Islam, bahkan mengutus orang kepercayaannya untuk membunuh Maulana Ishak.
Merasa jiwanya terancam, Maulana Ishak akhirnya meninggalkan Blambangan, dan kembali ke Pasai. Sebelum berangkat, beliau hanya berpesan kepada Dewi Sekardadu yang sedang mengandung tujuh bulan agar anaknya diberi nama 'Raden Paku'. Setelah bayi lelaki itu lahir, Prabu Menak Sembuyu melampiaskan kebenciannya kepada anak Maulana Ishak itu dengan membuangnya ke laut dalam sebuah peti.

Bayi Dihanyutkan Laut
Dikisahkan, peti tersebut ditemukan oleh awak kapal dagang dari Gresik, yang sedang menuju ke Pulau Bali. Bayi itu lalu diserahkan kepada Nyai Ageng Pinatih, pemilik kapal tersebut. Sejak itu, bayi lelaki yang kemudiannya dinamai Joko Samudro (anak lelaki samudera) itu diasuh dan dibesarkannya. Menginjak usia tujuh tahun, Joko Samudro dihantar ke pesantren Maulana Rahmatullah (Sunan Ampel) untuk mendalami agama Islam.
Kerana kecerdasannya, anak itu diberi gelar ''Maulana `Ainul Yaqin''. Setelah bertahun-tahun belajar, Joko Samudro dan putera Sunan Ampel, Raden Maulana Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang) diutus beliau untuk menimba ilmu di Mekkah. Tapi, mereka harus singgah dulu di Pasai, untuk menemui Syeikh Maulana Ishak.
Rupa-rupanya, Sunan Ampel ingin mempertemukan Raden Paku dengan ayah kandungnya. Setelah belajar selama tujuh tahun di Pasai, mereka kembali ke Jawa. Pada saat itulah, Maulana Ishak membekalkan Raden Paku dengan segenggam tanah, lalu meminta anakandanya mendirikan pesantren di sebuah tempat yang warna dan bau tanahnya sama dengan yang diberikannya.
Selama 40 hari, Raden Paku bertafakur di sebuah gua. Beliau bersimpuh meminta petunjuk Allah SWT untuk mendirikan pesantren. Di tengah keheningan malam, pesan ayahnya Syeikh Maulana Ishak, kembali terngiang: ''Kelak, bila tiba masanya, dirikanlah pesantren di Gresik.''
Pesan yang tidak terlalu sukar sebetulnya. Tetapi, beliau diminta mencari tanah yang sama persis dengan tanah dalam sebuah bungkusan pemberian ayahnya.
Selesai bertafakur, Raden Paku berangkat mengembara. Di sebuah pergunungan di Desa Sidomukti, Kebomas, beliau kemudian mendirikan Pesantren Giri. Sejak itu pula Raden Paku dikenal sebagai Sunan Giri. Dalam bahasa Sanskrit, 'giri' bererti gunung.
Disekitar pergunungan itu itu sebenarnya jarang dihuni orang kerana kesulitan mendapatkan air. Akan tetapi, dengan adanya Sunan Giri, masalah air tersebut dapat diatasi. Cara Sunan Giri membuat sumur atau sumber air sangat aneh dan hanya beliau seorang yang mampu lakukan.
Tidak berapa lama kemudian, Pesantren Giri terkenal ke seluruh penjuru Jawa bahkan sampai ke Madura, Lombok, Kalimantan, Sulawesi, dan Maluku. Menurut Babad Tanah Jawi, murid Sunan Giri juga bertebaran sampai ke Cina, Mesir, Arab, dan Eropah. Pesantren Giri merupakan pusat ajaran tauhid dan fikih, karena Sunan Giri meletakkan ajaran Islam di atas Al-Quran dan sunnah Rasul.
Beliau kurang berkompromi dengan adat istiadat, yang dianggap boleh merosakkan kemurnian Islam. Karena itu, Sunan Giri dianggap sebagai pemimpin kaum 'putihan', aliran yang didukung Sunan Ampel dan Sunan Drajat. Tetapi, Sunan Kalijaga menganggap cara berdakwah Sunan Giri kaku. Menurut Sunan Kalijaga pula, dakwah hendaklah menggunakan pendekatan kebudayaan.
Misalnya dengan wayang. Fahaman ini mendapat sokongan dari Sunan Bonang, Sunan Muria, Sunan Kudus, dan Sunan Gunung Jati. Perdebatan para wali ini sempat memuncak pada perasmian Masjid Demak. 'Aliran Tuban' iaitu pembawaan kaedah dakwah Sunan Kalijaga ingin meramaikan perasmian itu dengan wayang. Tetapi, menurut Sunan Giri, menonton wayang tetap haram, karena gambar wayang itu berbentuk manusia. Akhirnya, Sunan Kalijaga mencari jalan tengah. Beliau mengusulkan bentuk wayang diubah agar menjadi nipis dan tidak menyerupai manusia. Sejak itulah wayang beber berubah menjadi wayang kulit.

Pengganti Sunan Ampel
Ketika Sunan Ampel, pemimpin para Wali Songo, wafat pada 1478, Sunan Giri diangkat menjadi penggantinya. Atas usulan Sunan Kalijaga, ia diberi gelar Prabu Satmata. Diriwayatkan, pemberian gelar itu jatuh pada 9 March 1487 M, yang kemudian ditetapkan sebagai hari jadi Kabupaten Gresik.
Di kalangan Wali Songo, Sunan Giri juga dikenali sebagai ahli politik dan ketatanegaraan. Beliau pernah menyusun peraturan kerajaan dan pedoman tata cara di keraton (Istana). Pandangan politiknya pun dijadikan rujukan.
Menurut Dr. H.J. De Graaf, lahirnya berbagai kerajaan Islam, seperti Demak, Pajang, dan Mataram, tidak lepas dari peranan dan pengaruh Sunan Giri. Pengaruhnya, kata sejarawan Jawa itu, melintasi sampai ke luar Pulau Jawa, seperti Makassar, Hitu, dan Ternate. Dikatakan, seorang Raja akan sah kerajaannya kalau sudah direstui Sunan Giri.
Pengaruh Sunan Giri ini tercatat dalam naskah sejarah Through Account of Ambon, serta berita orang Portugis dan Belanda di Kepulauan Maluku. Dalam naskah tersebut, kedudukan Sunan Giri disamakan dengan Paus bagi umat Katolik Rom, atau khalifah bagi umat Islam. Dalam Babad Demak pun, peranan Sunan Giri ada dicatatkan.
Ketika Kerajaan Majapahit runtuh karena diserang Raja Girindrawardhana dari Kaling Kediri pada 1478 M, Sunan Giri dinobatkan menjadi Raja Peralihan. Selama 40 hari, Sunan Giri memangku jawatan tersebut. Setelah itu, beliau menyerahkannya kepada Raden Fatah, putera Raja Majapahit, Brawijaya Kertabhumi.


Sejak itulah, Kerajaan Demak Bintoro berdiri dan dianggap sebagai kerajaan Islam pertama di Jawa. Padahal, sebenarnya, Sunan Giri yang juga bertindak sebagai Ahlul Ahli Wal Aqdi Kesultanan Demak sudah menjadi Raja di Giri Kedaton sejak 1470 M. Tetapi, pemerintahan di Giri lebih terkenal sebagai pemerintahan ulama dan pusat penyebaran Islam. Sebagai kerajaan, tidak begitu jelas sempadan wilayahnya.
Jasanya sangat besar dalam menyebarkan Islam di tanah jawa bahkan ke Nusantara. Baik dilakukan oleh beliau sendiri ataupun melalui murid-muridnya yang ditugaskan berdakwah ke luar. Walaupun Sunan Giri dikenali tegas menjaga kemurnian Islam dalam dakwah, tetapi ramai tidak tahu Sunan Giri juga berbakat besar dalam kesenian bahkan beliau turut memberi sumbangan dalam bidang berkenaan.
Sunan Giri adalah orang pertama yang mencipta Asmaradana dan Pucung dan beliau juga yang mencipta tembang-tembang (lagu) untuk anak-anak versi Islami, seperti Jamuran, Cublak-Cublak Suwing, Jithungan, dan Delikan yang sarat dengan makna dan falsafah hidup.

Jamuran

Cublak
Kini, jejak bangunan Pesantren Giri hampir tiada. Tapi, jejak dakwah Sunan Giri masih membekas. Keteguhannya memurnikan agama Islam juga diikuti para penerusnya. Sunan Giri wafat pada 1506 M dalam usia 63 tahun dan dimakamkan di Desa Giri, Kecamatan Kebomas, Kabupaten Gresik, Jawa Timur.
Kerajaan Giri atau Giri Kedaton berlangsung hamper 200 tahun. Setelah kewafatan Sunan Giri, beliau digantikan anak keturunannya iaitu;
1. Sunan Dalem
2. Sunan Sedomargi
3. Sunan Giri Prapen
4. Sunan Kawis Guwa
5. Panembahan Ageng Giri
6. Panembahan Mas Witana Sideng Rana
7. Pangeran Singonegoro (bukan keturunan Sunan Giri)
8. Pangeran Singosari

Pangeran Singosari ini lah berjuang gigih mempertahankan diri dari serangan Amangkurat II yang dibantu oleh VOC dan Kapten Jongker. Sesudah kewafatan Pangeran Singosari pada tahun 1679, Kekuasaan Giri Kedaton tamat. Meskipun demikian, karisma Sunan Giri sebagai ulama besar, wali tersohor tetap abadi sepanjang zaman.

~Angah Sunan~ Jawa Timur

Enam Sebab Saya Berbangga Dengan Kemerdekaan Tanah Melayu

  1.Islam Berada Di Kedudukan Tinggi Dalam Perlembagaan   Saya sangat berbangga dalam rundingan kemerdekaan Tanah Melayu, ketika banyak nega...