Wednesday, 27 June 2018

Kitab Ummul Barahin : Pelajaran Sifat 20 dan Tasauf


Memasuki pengajian tradisi turath samada di pondok atau pesantren, antara kitab asas akidah berbahasa arab terkenal yang akan dipelajari oleh para penuntut atau santri ialah kitab Ummul Barahin karangan Imam Sanusi. Kitab yang nipis tetapi padat akan dipelajari kulit ke kulit dan dihafal isi kandungannya. Penulis (angah sunan) berpeluang mempelajari dan menghafaz kitab ini ketika memondok dahulu  di depan guru secara talaqqi. Kemudian disusuli menekuni dan mengkhatamkan syarahnya dari kitab arab Hasyiah Syarqawi ala Hud Hudi, Syarah Kifayah al Awwam (dianggap syarah kepada matan Ummul Barahin kerana menghuraikan ‘content’ mengikut method Matan Ummul Barahin). Demikian juga mempelajari Syarah Ummul Barahin dari kitab melayu Jawi iaitu Aqidah al Najin.
Naskah terjemahan Ummul Barahin cetakan Maktabah Al Halabi yang biasa digunakan di pondok 

Oleh kerana dikarang ia oleh Imam Sanusi, kitab ini juga dimasyhurkan dengan nama Matan Sanusiah. Nama lain bagi kitab ini juga ialah al Aqidah al Sughra. Imam Sanusi mengarang kitab ini untuk memenuhi keperluan masyarakat yang perlu kepada karya akidah yang mantap, mudah yang dikukuhkan dengan method penghujahan akal (dalil aqli) agar berdiam akal dari segala fikir yang syubhat.  Bersesuaian dengan namanya Ummul Barahin yang membawa makna ibu segala bukti (hujah).


Imam Sanusi al Hasani

Pengarang yang dimaksudkan ialah Imam Sanusi al Hasani atau nama sebenarnya Abu Abdullah Muhammad bin Yusuf bin Umar bin Shu’aib al Sanusi al Hasani.  Dilahirkan di Tilimsan yakni di bahagian barat Algeria pada tahun 838H atau 839H bersamaan 1435-1436M. Imam Sanusi adalah salah seorang tokoh ilmu kalam yang menonjol pada abad ke sembilan Hijrah dari aliran Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah  yang dipelopori oleh al-Imam Abu al-Hasan al Ash`ari (m. 330H.) dan al-Imam Abu Mansur al-Maturidi (m. 332H). Justeru itu, karya Ummul Barahin sangat dipengaruhi method al Asha’irah yang mengintegrasikan dengan harmoni antara mantik atau logik akal dan wahyu dalam pengukuhan dalil-dalil akidah supaya pegangan menjadi jazam tanpa syak dan waham. Beliau telah menyaring dengan padat intipati-intipati perbahasan para ulama’ terdahulu di dalam sebuah kitab yang kecil.

Imam Sanusi sememangnya adalah seorang ulama’ yang terkenal dengan karya-karya yang bermutu khususnya dalam bidang Akidah. Menurut al-Baijuri (1277H), karya-karya beliau juga menjadi sumber berautoriti di Afrika Utara dan antara penulisan beliau adalah seperti berikut: al-‘Aqidah al-Kubra, Umm al-Barahin (‘Aqidah ahl al-Tauhid al-Sughra), ‘Umdah ahl al-Tawfiq wa al-Tasdid, al-‘Aqidah al-Wusta (al-Sanusiyah al-Wusta), Sughra al-Sughra, Mukhtasar fi’ilm al-Mantiq, Sharh Asma’ Allah al-Husna. Pada hari Ahad, 18 Jamad al-Thani 895H bersamaan 10 Mei 1490M ketika umur beliau 60 tahun, Imam Sanusi telah kembali ke Rahmatullah.




Kandungan Ummul Barahin


Imam Sanusi menyusun dan menghimpunkan intipati-intipati akidah yang berhubung Ketuhanan (al ilahiyat) dan Kenabian (al nubuwwah) serta dikuatkan dengan dalil-dalil akal yang menepati dalil naqli. Secara ringkasnya, kandungan kitab Ummul Barahin seperti berikut :  


Pertama : Penjelasan hukum akal. Dalam bahagian ini beliau menjelaskan bahawa ada tiga hukum akal iaitu al-wujub (wajib), al istihalah (mustahil) dan al-jawaz (harus).

اعلم أن الحكم العقلي ينحصر في ثلاثة أقسام : الوجوب و الاستحالة والجواز .فالواجب ما لا يتصور في العقل عدمه. والمستحيل ما لا يتصور في العقل وجوده. والجائز ما يصح في العقل وجوده وعدمه.

“Hendaklah bahawa hukum akal merangkumi TIGA pembahagian, wajib, mustahil dan harus (bagi akal). Wajib (wajib akal) merupakan perkara yang ketiadaannya tidak boleh diterima oleh akal manusia. Mustahil (mustahil akal) pula perkara yang kewujudannya tidak boleh diterima oleh akal manusia. (Adapun) harus (harus akal) perkara yang kewujudan dan ketiadaanya boleh diterima oleh akal manusia” (matan Imam Sanusi)

Oleh kerana perbahasan Ummul Barahin banyak gunakan logik akal dalam penghujahan, maka perkara pertama yang mesti di fahami ialah apakah itu akal dan yang berhubung kait dengannya.

Kedua : al-Ilahiyyat (ketuhanan), Dalam bahagian ini al-Sanusi menetapkan dua puluh sifat yang wajib dan mustahil bagi Allah yang wajib diketahui oleh mukallaf dan satu sifat yang harus bagi Allah S.W.T yang wajib diketahui oleh mukallaf. Bermula bahagian-bahagiannya;

i.               Sifat Nafsiyyah : 1 sifat (Wujud)
ii.    Sifat Salbiyyah : 5 sifat (Qidam, Baqa’, Mukhalafatuhu Taala Lil Hawadis, Qiyamuhu Binafsih, Wahdaniah)
iii.            Sifat Ma’ani : 7 sifat (Qudrat, Iradah, Ilmu, Hayat, Sama’, Basar, Kalam)
iv.          Sifat Ma’nawiyyah : 7 sifat (Kaunuhu Taala Qadiran, Kaunuhu Taala Muridan, Kaunuhu Taala Aliman, Kaunuhu Taala Hayyan, Kaunuhu Samiaan, Kaunuhu Basiran dan Kaunuhu Mutakaliman).  

Kemudian di kukuh hujah berkaitan sifat-sifat bagi Allah dengan mendatangkan dalil-dalil aqli yang diterima oleh akal yang sejahtera.

Ketiga al-Nubuwwat (kenabian), Imam Sanusi menetapkan hanya tiga sifat sahaja yang wajib dan mustahil dan satu sifat harus bagi rasul yang wajib atas setiap mukallaf mengetahuinya. Kemudian Imam mengukuhkan hujah berkaitan sifat-sifat bagi para rasul dengan mendatangkan dalil-dalil aqli. Ummul barahin yang hanya membilang tiga sahaja iaitu siddiq (benar), amanah dan tabligh (menyampaikan), tidak dibilang sifat fathonah (bijaksana). Ulama’ Asyairah generasi kemudian baru memasukkan fathanah dalam bab nubuwwah yang lalu menjadi empat sebagaimana yang biasa kita pelajari. Imam sanusi tidak meletakkan sifat fathanah dalam Ummul Barahin bukan bererti menafikan cumanya tidak membilang kerana merasakan memadai pada tiga sifat yang wajib diketahui.  

Keempat : Huraian dua kalimah al-Shahadah. Pada suatu fasal yang khusus, Imam Sanusi menghuraikan dua kalimah syahadah dan menjelaskan lanjut dua sifat ketuhanan iaitu al-istighna’ dan al-iftiqar. Kesimpulan segala intipati-intipati kaedah yang disusun kesemuanya terkandung dalam kalimah tauhid La Ilaha Ilallah Muhammad Rasulullah. Walaupun hurufnya sedikit, tetapi maknanya banyak dan mendalam.

Yang menariknya, Imam Sanusi meninggalkan nasihat akan kepentingan berzikir kalimah tauhid di akhir kitabnya,

فعلى العاقل أن يكثر من ذكرها مستحضرا لما احتوت عليه من عقائد الايمان حتى تمتزج مع معناها بلحمه
“Sewajarnya bagi mereka yang berakal fikiran memperbanyakkan menyebutnya (berzikir) (kalimah tauhid) disamping menghadirkan (memerhatikan) (di dalam hati) segala perkara akidah yang terkandung di dalamnya sehingga sebati dengan darah dagingnya.”

Imam Sanusi menyebut lagi,

فإنه يرى لها من الأسرار و العجائب إن شاء الله تعالى مالا يدخل تخت حصر

“Sesungguhnya orang yang menyebutnya (berzikir) (kalimah tauhid) akan dianugerahkan rahsia-rahsia dan keajaiban-keajaiban yang tidak terhingga sekiranya diizinkan oleh Allah Subhanahu Wa Taala”.




Syarah Matan Ummul Barahin

Matan asal kitab Umm al-Barahin oleh al-Sanusi ditulis dengan ringkas dan padat. Justeru, matan Ummul Barahin telah disyarahkan oleh ramai ulama’ selepas beliau. Syed Dawilah (1993, h. 142) menjelaskan, antara kitab-kitab awal yang mensyarahkan matan tersebut ialah; a. Hasyiah Syeikh 'Abdullah al-Sharqawi 'ala Sharh al-Imam al-Hudhudi 'ala alSanusiyyah. Karangan Syeikh Abdullah bin Hijazi al-Sharqawi. 1194 Hijriyyah. Kaherah: Mustafa al-Bab al-Halabi. b. Hasyiat al-Baijuri 'ala Matn al-Sanusiyyah. Karangan Syeikh Ibrahim alBaijuri. 1277 Hijriyyah. Kaherah: Mustafa al-Bab al-Halabi. c. Hasyiah 'ala Sharh Umm al-Barahin. Karangan Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Dusuqi. 1358 Hijriyyah. Kaherah: Mustafa al-Bab al-Halabi.




Pengaruh di Alam Melayu

Pengarang-pengarang akidah di alam Melayu menjadikan pendekatan Umm al-Barahin sebagai asas utama dalam karya mereka. Pendekatan tersebut dapat dilihat pada tiga aspek utama iaitu isi kandungan kitab, susunan isi kandungan dan metode pendalilan. Kita ambil beberapa contoh karya-karya para ulama’ Jawi dan ia seperti berikut:


i.           Bidayah al Hidayah oleh Syaikh Muhammad Zain bin al Faqih Jalaluddin Acheh. Kitab ini diselesaikan di Makkah pada malam Jumaat 24 Syaaban (1170H/1756M). Menurut Ustaz Zaidi Abdullah dari Akademi Ulum Pondok dan Pencerahan Tamadun, kitab ini turut diberikan taqrir oleh (catatan) oleh Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani yang diselesaikan pada hari Sabtu, 20 Rejab, 1303H. Menurut Tuan Guru Wan Muhammad Shaghir Abdullah pula, kitab karangan ulama Aceh ini merupakan kitab aqidah yang tertua yang masih berada di pasaran, adapun kitab aqidah yang lebih awal ataupun yang berdekatan tahun selesai penulisan dengannya sudah tidak diterbitkan lagi.

ii.        Siraj al-Huda oleh Syaikh Muhammad Zin al Din Bin Muhammad Badawi al Sumbawi pada tahun 1259H bersamaan 1885M. Kitab ini merupakan tafsiran dan terjemahan bahasa Melayu Umm al-Barahin.

iii.            ‘Aqidah al-Najin oleh Syaikh Wan Zain al Abidin bin Wan Muhammad al fathani atau lebih kenali Tuan Minal al Fathani pada tahun 1308H/1890M. Kitab ini merupakan tafsiran dan terjemahan bahasa Melayu Umm al-Barahin.



Sifat 20, Tauhid & Tasauf


Beberapa kesimpulan penting yang perlu dijelaskan ialah;

1.   Sifat 20 adalah salah satu method sistematik susunan Imam Sanusi dan para ulama’ Ahlul Sunnah Wal Jamaah untuk mencapai makrifatullah (mengenal Allah). Pelajaran sifat 20 masyhur ia dipelajari secara majoriti sejak berkurun lamanya bukan sahaja di Nusantara bahkan di Timur Tengah. Maka berada dalam jalan ramai adalah lebih selamat tanpa menafikan kemungkinan ada kaedah lain. Kita mesti mengelak bersikap mudah menyesatkan sekiranya ada kaedah-kaedah lain yang boleh mencapai maksud yang sama.

2.    Pelajaran sifat 20 bukan menghadkan sifat Allah kepada 20 sebagaimana setengah dakwaan. Tiada para ulama’ yang mengarang ilmu ini menulis ‘Allah hanya ada 20 sifat’. Cuma, ia sifat - sifat yang wajib diketahui oleh mukallaf adapun sifat-sifat Allah sangat banyak dan tidak diketahui hadnya. Kita wajib iktiqad secara umum (ijmal) bahawa Allah mempunyai segala sifat kesempurnaan yang tidak terhingga. Hanya Allah yang mengetahui akan Dia. Demikian juga bila kita belajar empat sifat Para Rasul. Bukan para Rasul hanya bersifat amanah, tabligh, fathonah dan siddiq cuma empat barang sifat ini yang wajib diketahui adapun sifat-sifat kemuliaan para Rasul teramat banyak.

3.    Sifat 20 yang kita pelajari dalam kitab tauhid mempunyai dalil naqli (Al Quran dan Hadis) dan dikuatkan hujahan akal (dalil aqli) agar sejahtera hati dan akal mengakui dan mengimani sifat-sifat Allah. Sebagai contoh, dia mengakui sifat wujud Allah, tapi akalnya bermain syak wasangka, maka hujahan akal mensejahterakan akal mereka. Dalil nas dan hujahan akal yang berkaedah mantiqi menawarkan jawapan yang kukuh serta jazam.

4.   Mengatakan belajar sifat 20 adalah payah dan menyusahkan orang adalah tidak adil dan tidak patut kerana setiap subjek dipelajari mengikut tertib kitabnya. Kalau mengaji sifat 20 terus buka kitab Syarah Jauharah, Syarah Hud Hudi atau Syarah Taftazani atau kitab - kitab tauhid yang level pertengahan dan tinggi, memang la tidak difahami. Perbahasan dalam kitab-kitab tinggi bukan fardhu ain pun, ia suatu tingkatan untuk mereka yang berhajat mendalami furu’-furu’ akidah untuk menjadi tempat rujukan.

5. Kalau kita mengaji kitab fiqh, terus ambil I’anath Tholibin atau Iqna’ dan semisalnya, kita pasti mendakwa fiqh ini susah. Kita kepeningan apabila membuka kitab fiqh ‘level’ rujukan mufti, maka mulakan kitab-kitab yang kecil terlebih dahulu.

6.    Sifat 20 yang kita pelajari dalam kitab tauhid mempunyai dalil naqli (Al Quran dan Hadis) dan dikuatkan hujahan akal (dalil aqli) agar sejahtera hati dan akal mengakui dan mengimani sifat-sifat Allah. Sebagai contoh, dia mengakui sifat wujud Allah, tapi akalnya bermain syak wasangka, maka hujahan akal mensejahterakan akal mereka. Dalil nas dan hujahan akal yang berkaedah mantiqi menawarkan jawapan yang kukuh.

7.  Dari segi perbahasan tasauf, sifat-sifat Allah yang kita pelajari bertujuan melahirkan sifat faqir dan kehambaan. Apabila kita belajar bahawa Allah itu bersifat Qudrat, maka tahulah kita bahawa kita bersifat lawannya. Hakikatnya kita dhaif dan lemah yang sentiasa berhajat kepada Allah. Kita belajar bahawa Allah bersifat Ilmu, maka tahulah kitab bersifat jahil yang sentiasa berharap akan pembukaan dariNya.

8.    Lahir perbahasan Istighna dan Iftiqar iaitu simpulan sifat 20 adalah nak tegaskan bahawasanya Allah tidak berhajat kepada sesiapa/apapun bahkan sebenarnya kita yang berhajat kepada-Nya. Tiada yang terlepas dari keberhajatan.

9.    Walau beratus kitab tauhid yang dipelajari, namun ia tetap masih dalam tauhid martabat akal selagi mana tidak sampai ke tahap penyaksiaan / merasai pada jiwa. Kita belajar sifat Qudrat Iradah Allah, ya kita belajar namun bagaimana aplikasi ‘merasai dan menyaksi’ serta keyakinan akan Qudrah Iradah Allah. Dari segi teorinya, kita akui tapi dalam hidup kita tidak menyaksikan apa yang berlaku adalah kenyataan Qudrat IradahNya hingga kita menjadi orang yang menyalahkan takdir dan berputus asa dengan rahmat Allah. Kiaskan pada sifat lain.

10.Oleh kerana itu, disana ada perbahasan tauhid ihsan, tauhid tasauf atau tauhid syuhudiah atau dzauqiah yang menuju ke tahap proses memindahkan maklumat tauhid di akal kepada jiwa. Maka perlukan perjalanan penyucian batin dan zikir yang berterusan sehingga sebati dengan darah daging seperti yang tersebut matan Ummul Barahin. Ini dibincangkan lebih dalam ilmu sulukiah.

11.Sebagai kesimpulan, orang awam mesti menekuni ilmu tauhid sekurang-kurangnya tahap asas atau fardhu ain iaitu mengetahui sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah dan demikian pada sekalian Rasul. Jika ada masa lebih, ambil cakna dan belajar fahaman-fahaman yang menyimpang seperti Jabariah, Qadariah, Muktazilah, Syiah, Mujassimah, Musyabihah dan Wahabiah Takfiriah. Setelah itu, berlatih mengingati Allah secara berterusan (bersalik), dan sebaiknya proses salik itu dibawah bimbingan para murabbi rohani.

(Syarikat saya ada terbitkan Kitab Sifat 20 yang disaring dari kitab-kitab turath dan diolah menggunakan bahasa yang mudah. Layari sunanpress2u.com). Saya juga menerima jemputan talaqqi atau daurah kitab tauhid di tempat anda atau tempat cadangan. Boleh emel sunan.angah@gmail.com.


Sekian,
Tauhid Tasauf jatidiri Bani Melayu.

Angah Sunan,
Pengasas Sunan Press PLT
Pengajar Bertauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)


Rujukan,

1.    Syaikh Said Faudah, Tahzib Syarh al Sanusiah, Dar Al Nur, 2013.
2.    Syaikh Abdullah Al Hijazi, As Syarqawi ala al Hudhudiy, Maktabah Dar al Maarif.

3.    Ustaz Angah Sunan, Mukaddimah Syariat & Hakikah, Sunan Press PLT, (2017)

7 comments:

  1. Terimakasih tak terhingga.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... Tuan, dimana saya boleh dapat kitab ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang nak cari.. pergi hasani pon ada.. tanya nak matan ummul barahin

      Delete
  3. saya mencari Shalawat Nariyah

    ReplyDelete
  4. Boleh nak baca shalawat Nariah/Tafrijiyyah/Kamilah...tapi bacalah dgn tanpa berlagu..kerana biasanya asbab berlagu lah maka rosak makna lantaran rosaknye hukum pembacaan (panjang dan pendek harakat)

    Wallahu a'lamu bi muroddihi

    ReplyDelete
  5. Jago Sabung Ayam online? Yuk daftar langsung di Bolavita dan dapatkan Bonux 100% dari total 8x/9x/10x win dari jumlah total kemenangan beruntun anda.

    Kunjungi : Agen Judi Sabung Ayam Bonus 100% - Bolavita

    Kontak resmi :
    WA : +62812-2222-995
    Wechat : Bolavita
    Telegram : @bolavitacc
    Line : cs_bolavita

    ReplyDelete
  6. ituDewa Poker Domino QQ | Ceme Judi Domino QQ | Agen Domino QQ | Domino QQ Online | Agen Poker | Judi Poker | Poker Online | Agen OMAHA | Agen Super Ten | BlackJack

    PROMO SPESIAL GEBYAR BULANAN ITUDEWA. KUMPULKAN TURNOVER SEBANYAK-BANYAKNYA DAN DAPATKAN HADIAH YANG FANTASTIS DARI ITUDEWA.

    MAINKAN DAN MENANGKAN HADIAH TOTAL RATUSAN JUTA, TANPA DI UNDI SETIAP BULANNYA!

    ? DAIHATSU ALYA 1.0 D MANUAL ( Senilai Rp.100.000.000,- )
    ? New Yamaha Vixion 150 ( Senilai Rp.25.340.000,- )
    ? Emas Antam 10 Gram ( Senilai Rp.10.160.000,- )
    ? Free Chips 1.500.000
    ? Free Chips 1.000.000
    ? Free Chips 250.000

    SYARAT DAN KETENTUAN : KLIK DISINI

    DAFTARKAN DIRI ANDA SEGERA : DAFTAR ITUDEWA

    1 ID untuk 7 Game Permainan yang disediakan oleh Situs ituDewa

    => Bonus Cashback 0.3%
    => Bonus Refferal 20% (dibagikan setiap Minggunya seumur hidup)
    => Bonus UPLINE REFERRAL UP TO 100.000!
    => Bonus New Member 10%
    => Customer Service 24 Jam Nonstop
    => Support 7 Bank Lokal Indonesia (BCA, BNI, BRI, Mandiri, Danamon, Cimb Niaga, Permata Bank)

    • Deposit Via Pulsa, OVO & GOPAY
    • Pusat Bantuan ituDewa

    Facebook : ituDewa Club
    Line: ituDewa
    Telp / WA : +85561809401
    Telegram : @ituDewa / +85561809401
    Livechat : ituDewa Livechat

    ReplyDelete

Enam Sebab Saya Berbangga Dengan Kemerdekaan Tanah Melayu

  1.Islam Berada Di Kedudukan Tinggi Dalam Perlembagaan   Saya sangat berbangga dalam rundingan kemerdekaan Tanah Melayu, ketika banyak nega...