Bismillah. Setelah perkongsian hamba tentang keris yang bertajuk ‘Pusaka, Rahsia & Dzat Keris pada artikel lepas, hamba mendapati ramai yang meminati ilmu perkerisan dan meminta sambungan penulisan ilmu keris. Hamba juga menerima banyak persoalan, pendapat dan pengkisahan dari mereka yang mewarisi keris di ruangan komentar dan ‘inbox’ samada di page Patriots atau ‘facebook’ peribadi hamba (tempat asal hamba menulis).
Link tulisan Pusaka, Rahsia & Dzat Keris :
https://www.thepatriots.asia/archives/4275
Maka, hamba mengumpul akan beberapa soalan dan tanggapan yang hamba akan jawab dan ulas pada tulisan siri kedua ini. Hamba percaya, sebelum masuk ke bab lain dalam ilmu keris, sewajarnya persoalan-persoalan dari artikel sebelum dijawab terlebih dahulu. Syukur, hamba juga mendapat izin Guru hamba untuk terus berkongsi. Sebahagian soalan dan pengkisahan yang diajukan:
1. Bagaimana kategori Keris Sepukal?
Alang-alang yang bertanya apakah ia keris sepukal, maka hamba menjawab, keris melayu diberi nama berdasarkan berapa banyak lok. Ia seperti berikut:
Keris Berpukal atau Sepukal – keris lurus (atau lok 1).
Keris Berlok – Lok 3 hingga Lok 19.
Keris Sempena – Keris yang berlok 3,5 dan 7.
Keris Tambang Sari – Keris yang berlok 13.
Keris Cerita – Keris yang berlok 9,11,13 hingga 15.
Keris Rantai – Keris yang berlok 17 lebih.
2. Ada keris yang kelihatannya ada ‘imprint’ jari pada bilahnya, seakan-akan ditempa hanya menggunakan jari?
Di sana ada keris yang dinama kan keris picit iaitu keris yang ditempa menggunakan picitan jari. Biasanya digunakan untuk tujuan perubatan, kebatinan dan mistik.
Keris Picit (sumber gambar : pakarpengasih.com) |
3. Adakah Keris Malela termasuk keris?
Dalam masyarakat Melayu, falsafah pembuatan bilah keris mempunyai pelbagai penjenamaan nama mengikut daerah pembuatannya. Penjenamaan nama-nama bilah keris tersebut adalah berdasarkan kepada bahan baku, bentuk keris yang dicipta dan siapa penempanya. Sebagai contoh, di daerah Patani dan Kelantan, Keris Malela dibuat dengan menggunakan besi sebatang dan berwarna gelap dengan menampakkan lurah-lurah penempaan yang dalam semasa penempaanya, kuat dan kukuh.
Malela. Sumber : Koleksi Penulis |
Ya, termasuk keluarga keris. Keris sundang atau juga dikenali keris Suluk dibuat dengan falsafah dan tujuan menetak, memotong atau melibas tali kapal dengan bilah mata yang tebal, lebar dan berat. Pembuatan tersebut bertepatan dengan masyarakat Sulu pada suatu ketika dahulu merupakan pelayar dan memerlukan senjata yang kuat dan kukuh semasa dalam pelayaran.
Sundang Suluk. Sumber gambar vikingsword.com |
5. Kenapa orang Melayu memakai keris di depan manakala Jawa di belakang?
Orang Melayu mempunyai falsafah yang berbeza daripada orang Jawa dalam gaya dan cara pemakaian keris. Umumnya, orang Melayu mensisipkan keris di pinggang, iaitu dibahagian hadapan badan dengan menaruhkan harapan kepada keris lebih utama daripada diri mereka sendiri (keris didahulukan dari mereka sendiri). Apabila dilihat dari hadapan, musuh atau lawan sudah berandaian bahawa si pemakai keris sebenarnya sudah siap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Keris di hadapan. Sumber gambar : https://khalifahgayong.wordpress |
Sementara bagi orang Jawa, keris disisipkan dibahagian belakang badan mereka dengan niat untuk sentiasa berwaspada dan keris dicabut daripada sarungnya apabila diperlukan. Lantaran itu, keris yang disembunyikan dibelakang badan juga bertujuan untuk mengelirukan lawan.
Keris di belakang. Sumber (https://wisatajiwa.files.wordpress.com/2009/08/keris-yogya-indonesia.jpg) |
Meskipun ada perbezaan cara memakai keris, tapi keutamaan mereka adalah sama iaitu Keamanan. Oleh kerana itu, baik orang Jawa atau Melayu, kedua-duanya berkongsi falsafah yang sama dalam hulu keris. Jika HULU MENGHADAP KE DEPAN, bermakna datang bertujuan bertarung. JIKA HULU DI BELAKANGKAN, datang dengan tujuan damai. peace no war.
6. Dalam tulisan (sebelum ini), ada dinyatakan bahawa ‘keris pusaka mendatangi pewaris’. Apakah maksud Keris Pusaka Mendatangi dan bagaimana ia?
Secara umum, ia kadang-kadang tidak masuk akal tetapi berlaku dengan izin dan takdir Allah. Barakah karamah para moyang yang terdiri dari auliya. Hamba menyaksi kan beberapa kali hal ini bagaimana keris mendatangi tetapi hamba tidak pasti adakah sesuai atau tidak dikongsi kan disini.
Cukup hamba kongsikan Keris mendatangi contohnya, keris pusaka tersebut sudah diwasiat oleh leluhur agar diberikan kepada cucuku yang sekian sekian sifatnya. Kadang-kadang cucu yang dimaksudkan itu boleh jadi cucu generasi ke 4 atau 5. Ini padangan secara Kasyaf yang dibuka oleh Allah pada leluhur yang merupakan Wali Allah akan cucunya kemudian. Maka keris itu berpindah dari satu generasi ke satu generasi sebagai pemegang amanah sahaja sehingga ia sampai kepada pewarisnya.
Cukup hamba kongsikan Keris mendatangi contohnya, keris pusaka tersebut sudah diwasiat oleh leluhur agar diberikan kepada cucuku yang sekian sekian sifatnya. Kadang-kadang cucu yang dimaksudkan itu boleh jadi cucu generasi ke 4 atau 5. Ini padangan secara Kasyaf yang dibuka oleh Allah pada leluhur yang merupakan Wali Allah akan cucunya kemudian. Maka keris itu berpindah dari satu generasi ke satu generasi sebagai pemegang amanah sahaja sehingga ia sampai kepada pewarisnya.
Keris pusaka kalau bukan milik atau tidak berjodoh dengan seseorang, jangan diterima, biasanya akan sakit-sakit. Tanda keris itu serasi dengan seseorang pula, tiada apa-apa sakit berlanjutan selepas penyerahan. Wallahu’alam. (Lihat Soalan No. 7 : Jawapan pantang larang keris) untuk lebih memahami.
Apa yang berlaku tiada lain di bawah takluk Qudrah dan Iradah-Nya jua. Hal itu hanya asbab, al-musabib (penentu mutlak) hanya Allah. Sebab itu hamba berpesan, mereka yang ingin menyelami ilmu orang-orang dahulu mesti mempelajari tauhid makrifat kerna ilmu orang dahulu, usulnya disitu. Kaitannya terlalu banyak. Jangan hanya semangat tetapi memasukinya dengan jahil.
Adapun lanjutan kisah ini, adalah lebih baik, dikongsi secara berhadap sebagai tanda benar mahu mengambil ilmu. Ilmu pusaka begini maharnya bukan duit tapi adab yang tinggi.
Ketika hamba membaca ruangan komen, ada satu satu komen secara terbuka telah dikongsi oleh seorang hamba Allah. Ini adalah pengalaman peribadinya yang benar. Hamba naqalkan di sini bertujuan hal ehwal pengalaman penyerahan keris kepada pewaris adalah ‘real’. Ia adalah seperti berikut:
“Saya menyimpan sebilah keris dari tanah bugis. tak pasti sama ada jenis ini yang panggil keris bugis atau bukan, tapi ia adalah benda pusaka yang tidak diserahkan secara sempurna kepada saya sehingga mengalami situasi pelik sehingga sekarang.
Saya mendedahkan hal bukan berniat untuk mejual keris ini tapi mencari sesiapa yang arif tentang benda-benda macam ni dan membantu saya menyelesaikan masalah yang saya alami selama 12 tahun sejak tahun 2005. Kaitan keris dengan masalah saya hanyalah andaian yang dapat saya fikirkan beberapa bulan lepas setelah mengingat kembali rentetan kejadian yang telah berlaku.
Selepas kematian ayah saya pada tahun 2005, pada suatu malam semasa mengerjakan sholat tahajud, terasa ada sesuatu menerpa dari arah belakang. sejak itu pelbagai peristiwa pelik yang saya alami seperti tubuh sudah diambil alih, tanpa sebab menangis, airmata tak kering tiba ketawa, tidur di katil tapi pernah bangun di atas jalan, pernah juga bangun di atas pokok dan pebagai lagi hal pelik sehingga orang di sekeliling menggelarkan saya gila. walaupun sedar tapi tak mampu nak halang. pernah berubat dengan seorang nenek dan saya melihat nenek itu menggigil ketakutan dan memberi tahu benda ini dari benda pusaka. tapi seingat saya, saya tak ada menyimpan benda begitu, jadi saya pun abaikan saja.
Pada tahun 2008, saya menerima pesan moyang sebelah bapa yang sedang sakit meminta saya ke tanah bugis sebab ayah sudah tiada. dialah yang menyimpan keris ini. Jadi saya pun ke sana. Selama 2 minggu menjaganya di hospital, tak pernah pun disebut tentang keris ini sehingga meninggal dunia. selepas urusan pengkebumian semua selesai, seorang saudara mara menyerahkan keris ini kepada saya. Jadi saya pun tanya kenapa saya? katanya semasa hidup arwah telah berpesan untuk menyerahkan keris ini kepada ayah saya tetapi ayah sudah tiada maka sebagai anak sulung, sayalah yang layak untuk menyimpannya”.
Begitulah kisah bagaimana keris berada dalam simpanan saya. hubungkait keris dengan masalah yang saya alami hanyalah andaian saya, sebab itu saya mencari sesiapa yang arif tentang hal sebegini untuk memastikan"
Untuk pengetahuan pembaca, hamba sudah berurusan dengan hamba Allah ini. Menurut salah seorang Guru keris hamba setelah meniliti kisahnya,
“Keris itu memang keris pusaka dia dan ahwal yang berlaku itu adalah berkait dengan spiritual keris. Minta dia simpan dan jaga elok-elok keris tersebut”, kata Guru hamba.
Insya Allah, kami akan bertemu dalam masa terdekat untuk menyempurnakan apa yang sepatutnya disempurnakan. Ada lagi beberapa individu menghubungi hamba bertanya hal yang mirip di atas.
7. Apakah pantang larang keris dan adabnya?
Emil Bahari (pengkaji keris) menulis, Keris ini Pantang direndahkan, pantang dilangkahi, pantang terbiar, pantang dipermainkan, pantang tidak serasi, pantang dipakai mencari lawan, pantang dipakai untuk sombong dan bongkak, pantang dipakai untuk mengina, pantang dipakai menyalahi adat, pantang dipakai pada yang tak sesuai, pantang dicabut sembarangan, pantang dicabut secara menyalah. Intaha (tamat)
Hamba sentuh sikit tentang “Keris Pantang direndahkan”. Adab pemakai keris paling asas ialah tidak merendah-rendahkan keris orang lain. Kendatipun kita mengetahui keris itu tidak bagus, adabnya tidak diperendahkan. Ini pantang. Semua pantang di atas berhubung kait dengan adab. Satu lagi jangan sombong. Ingat, ilmu orang dulu-dulu tidak menjadi jika sombong. Mana mungkin ilmu yang berasakan tauhid makrifat duduk bersekali sifat kesombongan.
Keris juga Tidak dibiarkan telanjang tanpa sarung (kecuali ada hajat), tidak terangkat hunus di hadapan manusia kecuali memaksudkan pertarungan, tidak dicabut separuh atau dimasuk separuh, tidak diletakkan di bilik kelamin (bilik suami isteri ‘bersama’), tidak dibuka di hadapan anak kecil dan dsb.
8. “Keris pusaka sudah ada, keris untuk diri sendiri juga sudah ada. Keris pangkat sahaja belum ada”.
Dulu keris pangkat diperolehi dari SULTAN atau PEMERINTAH BERDAULAT. Keris yang dikurnia oleh Sultan atau Raja adalah lambang kuasa. Selalunya, apabila Raja melantik pembesar, keris akan dikurniakan sebagai tanda kuasa diturunkan kepadanya secara sah. Sebagai contoh, bila Sultan Melaka mengurniakan keris Taming Sari kepada laksamana Melaka. Sultan perak mengurniakan keris bawar (sebilah keris panjang) kepada setiap orang besar jajahan.
9. “Melayu dahulu tidak akan keluar rumah tanpa keris, kerana ia dianggap keluar dalam keadaan bertelanjang” (merujuk kepada tulisan sebelum). Soalnya, ‘Dahulu’ itu bila?
Tercatat dalam sejarah Johor pada tahun 1824, iaitu di mana John Crawfurd, Residen Singapura telah
menyuarakan pendapat untuk mengharamkan penggunaan senjata tajam. Cadangan tersebut ditolak oleh Sultan dan Temenggong kerana mereka mengatakan mereka bagaikan bertelanjang tanpa keris di pinggang. Tahun 1824 boleh dianggap baru juga boleh dianggap lama. Yang pasti Budaya Perkerisan dalam masyarakat melayu sudah berakar umbi sejak dahulu dan ia diwarisi ke satu generasi ke satu generasi. Maka itu penulis menggunakan ‘melayu dahulu’. Jika tidak tepat, hamba mohon kemaafan.
10. “Sekarang kalau bawa keris, masuk lokap nanti” (komen sinis ini ramai juga, tapi hamba anggap mereka bergurau).
Mudah jawab begini, dalam tulisan lepas tiada satu ayat suruhan agar para pembaca keluar membawa keris. Hamba hanya manaqal sejarah leluhur kita dahulu yang tidak akan keluar tanpa keris. Zaman sekarang, meskipun tidak membawa keris seperti zaman dahulu, akan tetapi yang paling penting sebenarnya adalah membawa semangat Jati diri keris iaitu Tunduk kepada Allah (makrifat), diri beraAdab (tasauf) dan membina/memakmur peradaban (tugas khalifah). Jika bawa keris ke sana sini tetapi tiada faham maksud, tiada bermanfaat juga melainkan hanya menjadi ‘fesyen’.
11. Mendapat tahu ada keris boleh masuk ke Istana ada yang tidak boleh. Apakah ia?
Menyentuh aspek pemakaian keris di alam Melayu khususnya ketika memasuki istana dan menghadap Sultan, hanya keris tertenyu sahaja boleh dibenarkan masuk. Demikian juga dalam masyarakat Jawa.
i. Keris yang boleh masuk ke Istana dalam masyarakat Melayu. Hanya keris berhulu Jawa
Demam dan Pekaka sahaja dibenarkan berada di balai rongseri.
Hulu Pekaka. Sumber : kemuningwarisan. Mirip Hulu Jawa Demam cuma paruhnya panjang sedikit |
Manakala bagi keris yang berhulukan Ayam Teleng atau Patah Tiga, keris berhulu tersebut adalah di tegah sama sekali dari masuk ke istana. Hal ini disebabkan kerana keris berhulu Ayam Teleng atau Patah Tiga dicipta dengan berfalsafahkan untuk tujuan pertikaman.
Hulu Ayam Teleng. Sumber : kemuningwarisan |
Hulu Patah Tiga. Sumber : Koleksi Penulis |
ii. Keris yang boleh masuk ke Istana dalam Masyarakat Jawa.
Dalam tradisi masyarakat Jawa. Hanya keris bersampir (berperahukan) Ladrang sahaja yang diizinkan berada di dalam keraton atau Istana. Bentuk hulu dan sampir seperti mana yang dinyatakan adalah berfalsafahkan kepada keris tersebut melambangkan ‘keris istiadat dan beradab’.
Sementara keris yang bersampir gayaman dilarang masuk ke keraton/istana dengan berfalsafahkan bahawa keris yang bersampir gayaman adalah untuk tujuan pertikaman atau pertarungan.
Sampir Gayaman. sumber : Koleksi penulis |
12. Bagimana cara memakai keris?
Disiplin memakai keris di kalangan orang melayu dari golongan rakyat biasa agak berbeza dari orang jawa. Bagi orang melayu, keri yang berupa hadiah atau pemberian baik dari bapa mertua atau sesiapa sahaja disisipkan di pinggang sebelah kanan.
Jika berhadap Sultan atau orang terhormat, sahabat handai (yang bukan tujuan bertarung) keris dipakai hulunya mnegarah ke belakang kerana ia simbol perdamaian berbeza jikalau hulu keris menghala ke hadapan, ia simbol pertempuran atau perang.
Bagi seorang Raja atau Sultan mesti memakai keris dengan hulunya menghadap ke luar kerana ia melambangkan kedaulatannya.
Pengecualian kepada pengatin lelaki dari rakyat biasa di majlis perkahwinan, keris dipakai hulu ke depan kerana pada hari tersebut, dia adalah Raja walau Raja sehari.
Pengatin lelaki memaki keris berhulu ke depan
Gambar : Butik Sri Pengatin Shakira
|
Disamping itu, bahagian Sampir dan ekor Cicak keris menghala ke luar.
Ini cara yang salah memakai keris, bahagian sampir dan ekor cicak sepatutnya berada di arah sebaliknya. Sumber gambar : kosmo Online
|
13. “Mempertahankan diri tidak semestinya menggunakan keris”.
Falsafah keris daripada kaca mata orang Melayu bukan sekadar hanya alat mempertahankan diri tetapi ia lebih dari itu. Keris sebagai pertahankan diri salah satu juzu’ dari fungsi dan falsafah keris. Ia juga perlambangan maruah diri seseorang. Seperti mana petikan dalam Tuhfat Al-Nafis, bahawa Raja Haji Ahmad & Raja Haji Ali 1982: 280, meriwayatkan tentang kisah Dahing Ringgik (Daeng Ronggek) yang menikam askar Belanda yang cuba merampas keris beliau.
Hendaklah diketahui, keris diperbuat daripada besi yang mempunyai getaran sendiri, sama seperti unsur semula jadi lain iaitu tanah, air, api dan angin. Sudah terbukti secara saintifik bahawa unsur-unsur semula jadi ini mempunyai getaran yang kita sebut sebagai semangat. Oleh kerana itu mengikut Guru Mohd Nordin (pengumpul dan perunding keris), katanya, keris yang serasi dengan pemakai mempunyai getaran yang positif. “Jika dipakai ketika bersosial, maka ramailah yang mudah mesra dengannya. Jika ada musuh menghampiri, mudah juga orang itu menyerah kepadanya. Dek kerana getaran itu jugalah keris diberi peranan melebihi sebagai satu senjata.
Ada juga kepercayaan bahawa keris yang mempunyai getaran yang positif (serasi) dapat membantu meningkatkan perniagaan, selain menyumbang kepada kesihatan si pemakai. Tetapi jika tidak serasi, sama seperti kita tersalah makan ubat, atau memakai kasut saiz yang salah, ia membawa mudarat atau makan tuan,” (temu bual wartawan kosmo dengan Guru Mohd Nordin).
14. Keris ghaib dalam tangan
Ya, tidak mustahil ada. Menurut cerita lisan yang hamba dengar dari guru keris, ilmunya adalah keris dighaibkan dan disimpan dalam tangan melalui bacaan doa dan kekuatan tauhid. Bukan semua boleh menurunkan ilmu ini dan tidak semua boleh terima ia. Saat tiba agama, bangsa dan tanah air serta diri terancam, maka terzahirkan ia keris untuk mempertahankan. Bukan suka suka dan menyombong.
15. Adakah keris berasal dari Indonesia? Malaysia tiada keris.
Hamba jawab, keris sudah bertapak di kepulauan tanah melayu sejak 700 tahun. Ketika itu belum ada lagi Indonesia (ditubuhkan tahun 1945), belum ada Malaysia (ditubuhkan 1963). Kita semua serumpun yang berkongsi rupa paras, wajah, bahasa dan budaya yang mirip. Sepatutnya kita berbangga berkongsi sejarah dan budaya yang sama bukan mendakwa pemilikan.
16. Berapa harga keris kalau berhajat mendapatkannya?
Biasanya orang lama - lama dalam keris dia tidak bertanya berapa HARGA keris kalau nak beli, tetapi dia bertanya, berapakah MAHAR nya. Apa beza istilah harga dan mahar? Seperti tulisan yang lepas, orang yang sudah lama dalam perkerisan, ia akan maklum bahawa barang-barang keris bukan barang dagangan jual beli. berlaku pertukaran milik kerana hadiah, pusaka atau diberikan mahar (sebagai tanda terima kasih), berbanding orang baru yang akan anggap keris adalah barang jual beli.
Sampai disini sahaja kita bertemu secara mata pena. Terima kasih atas sokongan para pembaca. Insya Allah, jika di izinkan Allah dan mendapat restu Guru, hamba akan menulis lagi ilmu keris. Hamba suka untuk mengupas falsafah Hulu dan Sampir / Perahu pada keris yang berkait Melayu Si Raja Laut. Hulu dan Sampir serta bilah itu menceritakan sebuah kerajaan, penguasaan laut dan KOD PERTAHANAN. Sekiranya ada persoalan atau perkongsian bersifat sulit boleh hubungi penulis melalui emel. Mohon izin berundur sekian. Allahu Wa Rasuluhu a’lam.
Yang benar,
Angah Sunan
sunan.angah@gmail.com
Selesai 20 Julai 2017, di atas Udara OTW dari Tokyo, Jepun pulang ke Kuala Lumpur.
Saya minat dengan adat adat orang melayu. Cthnya,adab pakai tanjak,sampin,keris dll. Saya ada terniat nk beli keris di terengganu. Sbb kt sana byk jual senjata senjata mcm kerambit,keris n byk lagi. Nak tanya,keris itu dikira 'keris' atau 'pisau'? Spt tuan hamba katakan,ia bkn dijual beli sperti skrng,tp dikirakan sbg mahar
ReplyDeleteKeris adalah keris, utk menikam shj dan sebagai alat kebesaran si pemakai. beza dgn Sundang yg boleh menetak tp agak berat/panjang.
DeleteSgt Beza dgn pisau utk menetak, mencucuk, memotong. Kadang2 yg jual parang/pisau online juga guna mahar.Bahasa lembut utk tujuan dijual.
Wassalam, wallahualam
saya ada satu cerita berkenaan keris, Kami mempunyai keris Sundang berlok 3 dahulunya dimiliki oleh datuk saya, semasa datuk saya masih hidup pada setiap hari jumaat dia akan mengusap keris itu menggunakan kemayan dan limau. Selepas kematian Datuk saya keris itu hanya di simpan dan diletakkan di bilik ayah, seperti kebiasaan sekiranya ada sakit adalah berjumpa dengan dukun sama ada di kenali atau tidak mereka akan menayakan berkenaan kewujudan Keris, syukur setakat hari ini belum ada apa-apa pelik yang berlaku, cuma baru baru ini abang saya mengingatkan saya kewujudan keris tersebut menyebabkan saya bermimpi aneh, seperti menghunus keris dan mengengam mata keris sehingga tangan luka apabila saya mengamati keris itu terpacak berdiri. adakah ini pernah berlaku dengan orang lain atau hanya mainan tidur.
ReplyDeleteituDewa Poker Domino QQ | Ceme Judi Domino QQ | Agen Domino QQ | Domino QQ Online | Agen Poker | Judi Poker | Poker Online | Agen OMAHA | Agen Super Ten | BlackJack
ReplyDeletePROMO SPESIAL GEBYAR BULANAN ITUDEWA. KUMPULKAN TURNOVER SEBANYAK-BANYAKNYA DAN DAPATKAN HADIAH YANG FANTASTIS DARI ITUDEWA.
MAINKAN DAN MENANGKAN HADIAH TOTAL RATUSAN JUTA, TANPA DI UNDI SETIAP BULANNYA!
? DAIHATSU ALYA 1.0 D MANUAL ( Senilai Rp.100.000.000,- )
? New Yamaha Vixion 150 ( Senilai Rp.25.340.000,- )
? Emas Antam 10 Gram ( Senilai Rp.10.160.000,- )
? Free Chips 1.500.000
? Free Chips 1.000.000
? Free Chips 250.000
SYARAT DAN KETENTUAN : KLIK DISINI
DAFTARKAN DIRI ANDA SEGERA : DAFTAR ITUDEWA
1 ID untuk 7 Game Permainan yang disediakan oleh Situs ituDewa
=> Bonus Cashback 0.3%
=> Bonus Refferal 20% (dibagikan setiap Minggunya seumur hidup)
=> Bonus UPLINE REFERRAL UP TO 100.000!
=> Bonus New Member 10%
=> Customer Service 24 Jam Nonstop
=> Support 7 Bank Lokal Indonesia (BCA, BNI, BRI, Mandiri, Danamon, Cimb Niaga, Permata Bank)
• Deposit Via Pulsa, OVO & GOPAY
• Pusat Bantuan ituDewa
Facebook : ituDewa Club
Line: ituDewa
Telp / WA : +85561809401
Telegram : @ituDewa / +85561809401
Livechat : ituDewa Livechat
salam encik. saya nurhanisa pelajar dari uitm puncak alam. saya membuat kajian mengenai keris picit. bagaimana saya ingin mendapatkan nombor telefon encik ya untuk tahu lebih lanjut lagi berkaitan dengan keris picit ini kalau encik sudi berkongsi. terima kasih :)
ReplyDeleteMohon dikongsi ilmunya tuan..terima kasih.
ReplyDeleteAssalamualaikum salam sejahtera warga group��
ReplyDelete�� Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye����
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺����
3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .����
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570