“Demi
kepentingan cita-cita politik, nyawa manusia menjadi korban”
Tahun
1968M, telah berlaku peristiwa berdarah yang sangat tragis. Pada tahun itu, Seramai
180 orang pemuda beragama Islam yang berusia di antara 18 hingga 30 tahun telah
dibunuh secara beramai-ramai di Pulau Corregidor, Filipina. Ia berlaku pada 18
mac 1968. Peristiwa berdarah itu dikenali Pembataian Jabidah. Pemuda Moro yang terbunuh dan kuburnya tidak bertanda itu, dibakar dan
sisanya dicampakkan ke laut.
Sabah
Dibawah Bayu Dan Filipina
Sabah,
sebuah negeri yang terletak di Pulau Borneo. Sabah mempunyai sempadan dengan
Sarawak dan Brunei di bahagian Barat, Kalimantan di Selatan serta Filipina yang
dipisahkan laut Sulu dan Sulawesi yang dipisahkan laut Sulawesi. Sementara
Filipina adalah negara yang memiliki 7,107 buah pulau bersempadan dengan Sabah.
Mempunyai lebih 103 juta penduduk (tahun 2016) dan sebahagian besar iaitu 90%
beragama Kristian Katolik.
Peta Sabah |
Sebagaimana
Thailand dan Indonesia, Filipina juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan
demokrasi sejak kejatuhan Rejim Marcos pada tahun 1986 di tangan Corazon
Aquino. Walaupun telah mengamalkan demokrasi, namun Filipina masih belum
betul-betul stabil kerana masalah rasuah dan kemiskinan menyebabkan sistem
demokrasi Filipina sangat lemah. Malah pembunuhan politik merupakan sesuatu
yang masih berterusan lantaran pihak tentera juga telah beberapa kali mencuba
untuk merampas kuasa.
Tahun
1963M, Sabah telah bergabung dengan Tanah Melayu membentuk Malaysia yang
sebelum ini dibawah pengaruh kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu serta
Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB).
Walaupun
Sabah sudah menjadi sebahagian Malaysia, hingga kini Sabah masih lagi dituntut
oleh Filipina atau dalam erti kata lain Sabah masih lagi dianggap sebahagian
daripada Filipina meskipun Presiden Marcos telah berjanji untuk tidak lagi
menuntut Sabah tetapi hasrat beliau ini telah digagalkan oleh Kongres Filipina.
Mengapakah Kongres tidak mahu ataupun tidak bersetuju melupuskan tuntutan lagi ke
atas Sabah?, ini kerana Sabah boleh menjadi isu kepada ahli politik Filipina
untuk melonjakkan populariti melalui sentimen-sentimen rakyat kepada mereka.
Presiden Duterte ketika kempen politiknya dahulu pernah menyebut beliau akan meneruskan tuntutan Filipina ke atas Sabah.
Filipina
menyatakan bahawa Sabah adalah sebahagian dari Filipina berdasarkan tuntutan
warisan melalui pertalian tradisi Sabah dengan Kesultanan Sulu. Tuntutan ini adalah sebuah tuntutan yang kurang berasas. Ya, Sabah
pernah menjadi sebahagian dari Kesultanan Sulu. Walaubagaimanapun,
senario politik Sabah dan Filipina telah berubah sejak penjajah Sepanyol,
British dan Amerika menjejakkan kaki mereka ke rantau ini.
Untuk
pengetahuan para pembaca yang dihormati, sehingga sekarang, Filipina masih
belum mempunyai Konsulat di Sabah bagi menangani pelbagai isu mengenai rakyat
mereka di Sabah. Hal ini kerana, sekiranya Filipina membuka konsulat di Sabah,
ia bermakna Filipina telah mengiktiraf Sabah sebahagian daripada Malaysia.
Malaysia sebagai negara yang terkenal dengan diplomasi yang tinggi sebaliknya
pula membuka konsulat di Davao City sejak 1990. Tidak seperti Indonesia, negara
jiran itu juga telah membuka Konsulat di Kota Kinabalu Sabah dan telah banyak
memudahkan urusan warganegara Indonesia yang bermasalah.
Tragedi
Jabidah 1968
Peristiwa
itu dipanggil Peristiwa Jabidah. Ia adalah projek rahsia Presiden Filipina ketika
itu iaitu Ferdinand Marcos. Ia bermula pada tahun 1967 apabila seramai 180
pemuda tausug dan samal yang direkerut dari Sulu dan Tawi-Tawi berumur antara
18 hingga 30 tahun telah dilatih khas oleh pihak tentera Republik Filipina
(AFP) di Pulau Simunul di kepulauan Sulu. Kemudian mereka dipindahkan ke
Corregidor atas alasan akan menjalani latihan Komando. Operasi sulit ini
dinamakan Freedom Operation (Operasi Merdeka). Kumpulan Jabidah ditubuhkan bertujuan menyusup
dan menyahstabilkan Sabah. Mereka dijadualkan menyerang Sabah atas nama
Kesultanan Sulu, dan apabila konflik dan perang tercetus di Sabah, Regim Marcos
mempunyai alasan mengambil alih Sabah. Walaubagaimanapun,
rancangan ini telah gagal kerana timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan
pemuda-pemuda tersebut yang merasa tertipu dan berakhir dengan pembunuhan
mereka yang terlibat. Pemuda Moro yang terbunuh dan kuburnya tidak bertanda itu, dibakar dan
sisanya dicampakkan ke laut. Marcos pula menafikan pembabitannya
dalam perancangan ini.
Peringatan
Peristiwa Jabidah 1968
|
Oleh
kerana geografi Selatan Filipina dan Sabah sangat dekat, maka hubungan
kekeluargaan telah berlaku sejak sekian lama. Disebabkan itu, untuk menyerang
Sabah, ia merupakan suatu perkara yang sangat sukar untuk dilakukan oleh para
pemuda tausug tersebut. Pada awalnya, mereka itu dijanjikan masa depan yang cerah dengan gaji dan kerjaya dalam
pasukan tentera. Janji itu bagaimanapun tidak ditepati. Selepas empat minggu
berpindah dari Pulau Simunul, tempat latihan pertama ke Corregidor, Mereka tidak
menyangka rupa-rupanya mereka ditugaskan untuk menyerang Sabah. Mereka juga
tidak dibayar gaji yang mencukupi dan sering kelewatan serta tidak dilayan
dengan baik sebagai manusia.
Pada
akhir tahun 1960an juga, berlaku persaingan parti politik yang berpengaruh
ketika itu iaitu Parti Liberal (LP) dan Parti Nacionalista (NP) dengan Presiden
Ferdinand Marcos bersedia untuk pemilihan semula pada tahun 1969.
Peristiwa pembunuhan
beramai-ramai ini telah disaksikan oleh seorang pemuda yang terselamat yang
bernama Jibin Arula. Beliau merupakan saksi tunggal sempat melarikan diri
terjun ke dalam laut.
Beberapa jam kemudian, Jibin Arula telah diselamatkan oleh seorang nelayan dan
nelayan tersebut telah membawa beliau ke Bandar Cavite yang ditadbir oleh
seorang Gabenor LP yang merupakan sahabat rapat Aquino. Maklumat daripada Jibin
telah sampai kepada ahli politik muslim dari parti LP dan termasuk Aquino.
Aquino telah menemubual orang yang terselamat itu dan telah menggunakan isu ini
untuk menyerang Marcos. Khabar angin pembunuhan itu memberi peluang kepada
pemimpin parti liberal pembangkang, Benigno Aquino Jr membocorkan kepada Media.
Liputan
awal media massa melaporkan bahawa Marcos bertanggungjawab
untuk melatih dan merekrut satu kumpulan orang Islam bagi melancarkan serangan
gerila. Para mahasiswa Muslim Moro telah turun mengadakan protes dan tunjuk
perasaan selama berminggu-minggu di Manila termasuk yang terlibat ialah Prof Nur
Misuari (pengasas MNLF). Marcos mengambil tindakan dan berlaku penangkapan
tahanan ahli politik dan orang tertentu pada akhir 1960an.
Ahli
politik Islam seperti Haroun Al-Rachid Lucman, Salipada Pendatun dan Salih
Ututalum berpendapat bahawa Operasi Merdeka adalah contoh tindakan melulu
Ferdinand Marcos yang boleh mengakibatkan perang terhadap Malaysia. Mereka juga
mengadu bahawa umat Islam dari Selatan dieksploitasi demi cita-cita politik
Marcos. Operasi Merdeka, akhirnya berakhir dengan tragis dalam Pembunuhan
Jabidah.
Presiden
Marcos terus menafikan pembabitan beliau. Sambil itu, ada siasatan menyebutkan tidak
ada bukti jelas mereka dibunuh. Kematian beramai-ramai itu berpunca dari
perselisihan faham antara pegawai dan para pemuda yang direkrut tersebut.
Bermula tembakan yang tidak sengaja akhirnya mencetus tembakan sesama sendiri.
Ada pendapat lain, persitiwa Jabidah itu adalah konspirasi dan rancangan jahat
Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) bertujuan menjatuhkan Marcos.
Kendatipun tiada siapa dapat membuktikan kebenaran Jabidah, realitinya Marcos
memang pernah mempunyai hasrat menggunakan kekerasan bagi mengambil Sabah
dari Malaysia.
Bukan Kali Pertama
Pembunuhan
yang brutal bukan kali pertama melibatkan umat Islam di Selatan Filipina. Telah
tercatat dalam sejarah pembunuhan Buq dato pada tahun 1906 dan pembunuhan Buq
Basak pada tahun 1911 dan 1913 dan peristiwa-peristiwa lain. Walaupun peristiwa
Jabidah bukanlah peristiwa keganasan pertama ke atas umat Islam dan hanya
melibatkan jumlah yang kecil tetapi ia merupakan suatu memori hitam umat Islam
di sana. Akibatnya, Ia telah menjadi pemangkin kebangkitan semangat pemuda
muslim di Mindanao bangkit memperjuangkan hak mereka. Memori peristiwa ini
telah menjadi modal emosi sebahagian pemuda muslim dari Mindanao menubuhkan Moro National Liberation
Front (MNLF) atau dalam bahasa melayu Barisan Pembebasan kebangsaan Moro. Setahun kemudian, meletuslah perang membebaskan wilayah selatan yang menuntut
kemerdekaan Bangsa Moro, perang yang sehingga kini memakan korban lebih 120,000
nyawa.
Bukan
kali pertama juga, umat Islam dari Selatan Filipina dijadikan alat demi hasrat
dan cita-cita sebahagian ahli politik yang jahat termasuk ahli politik beragama
Islam. Skrip itu berlangsung sampai sekarang. Peristiwa Lahad Datu adalah
termasuk perancangan sebahagian pihak tertentu mempergunakan pemuda tausuq
menyerang Sabah dibalik nama Kesultanan Sulu. ‘Sultan’ yang mendakwa Sultan
Sulu itu sebenarnya bukan mewakili Kesultanan Sulu kerana terlalu banyak
pendakwaan dan pengakuan dari individu-individu mengaku sebagai Sultan. Mereka
dipercayai dipergunakan untuk mewujudkan ‘chaos’ sebelum pihak ketiga menuntut
dan masuk atas nama penyelesaian.
Acquino
Dan Usaha Keamanan
Beningo Aquino III, mantan Presiden Filipina ke-15 (2010-2016), anak
kepada Aquino Jr yang bertanggungjawab membocorkan peristiwa ini pada tahun
1968 pernah mengingatkan rakyat tentang sejarah hitam yang merupakan sebahagian
daripada naratif nasional sebuah negara.
Pada tahun 2013, Manila mengadakan acara mengenang ulang tahun ke 45 tahun
peristiwa Jabidah
"Saya ada tanggungjawab untuk meneliti sejarah itu demi mencari
kebenaran," katanya semasa berucap pada majlis mengenang 45 tahun
peristiwa Pembantaian Jabidah pada tahun 2013.
Aquino III yang meneruskan perjuangan ayahnya adalah presiden yang
pertama menganjurkan sebuah majlis mengenang peristiwa itu. Beliau telah
mengisytiharkan Taman Keamanan Mindanao sebagai tapak sejarah negara. Taman itu
diharapkan akan jadi batu tanda bahawa masyarakat Muslim dan Kristian di
Mindanao cintakan keamanan. Presiden Aquino III menyebut,
“In March of 1968, my father exposed the
Jabidah Massacre, while holding firm to the basic principle that the life of
each Filipino is invaluable. In his speech, he said: “The life of a Filipino,
no matter how lowly he is… is as important as the life of a high official, as
important as the life of a President.”
Dalam ucapannya juga, beliau menegaskan,
“Today, we are here in Corregidor, recalling
our past in all humility, as we recognize this truth with our heads held high:
whether you are Moro or Christian; Bisaya or Tagalog; Agta, or Ilokano, or
Ilonggo; Tausug, Yakan, Maranao, whatever corner of the Philippines you come
from, under the flag of a united Philippines, the lives of each and every
Filipino have equal worth. I say again: we cannot change the past. We have,
however, a responsibility to the present—an obligation to bequeath a much
better future to the next generation of Filipinos”
Ada nada ikhlas dalam ucapan Aquino apabila beliau mengatakan mengenang
Jabidah akan mengukuhkan lagi usaha kerajaannya untuk menangani masalah di
Mindanao.
Peristiwa tersebut sudah memahat sejarah yang hitam. Ia hadir untuk
memberi pengajaran kepada generasi selepas. Tidak pernah ada istilah
"terlambat" dalam meluruskan sejarah. Sejarah yang tertinggal atau
ditinggalkan, tercicir atau dicicirkan tidak dapat tidak harus dikutip semula.
Yang baik di jadikan sempadan, sejarah yang baik dibuat tauladan.
Titipan doa kepada mereka yang terkorban, moga ditempatkan bersama para
syuhada. Amin
“Belajar dari Sejarah, bersatu demi Keamanan”
Sekian,
Angah
Sunan, LFO Movement
Rujukan,
Syed Muhammad Khairuddin al Junid, Social memory and state−civil society relations in the Philippines: Forgetting and remembering the Jabidah 'massacre, Sage Publication (2013),
Wan Shawaluddin Wan Hassan, Zaini Othman, Ketidakstabilan Negara Jiran dan Kesannya kepada Keselamatan Malaysia, Sosiohumanika (2009)
http://www.officialgazette.gov.ph/2013/03/18/speech-of-president-aquino-at-the-45th-anniversary-of-jabidah-massacre-march-18-2013-english/
http://www.astroawani.com/perspektif/jabidah-sabah-dan-pelurusan-sejarah-10400
Kembara Penulis di Mindanao
Syed Muhammad Khairuddin al Junid, Social memory and state−civil society relations in the Philippines: Forgetting and remembering the Jabidah 'massacre, Sage Publication (2013),
Wan Shawaluddin Wan Hassan, Zaini Othman, Ketidakstabilan Negara Jiran dan Kesannya kepada Keselamatan Malaysia, Sosiohumanika (2009)
http://www.officialgazette.gov.ph/2013/03/18/speech-of-president-aquino-at-the-45th-anniversary-of-jabidah-massacre-march-18-2013-english/
http://www.astroawani.com/perspektif/jabidah-sabah-dan-pelurusan-sejarah-10400
Kembara Penulis di Mindanao
No comments:
Post a Comment