Telah berkata Sayyid Syarif Abdur Rahman Al Qadri, "Berhenti perang kerana sekalian hantu
dan syaitan (Pontianak) yang berbuai pada malam hari di pulau itu telah
habis lari, janganlah tuan-tuan takut, marilah kita turun menebas pulau itu''.
Pada awal
tahun 2014, saya telah bermusafir ke daerah Pontianak di Kalimantan Barat
(KALBAR). Ketika itu saya dan rombongan menjadi tamu kepada Kiyai Syarif Hidayatullah, pimpinan
Jemaah Ahli Tarekah Muktabarah Nahdatul Ulama’ (JATMAN) Kalimantan Barat yang
ketika itu mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul. Kami sangat beruntung, kerana
turut menyertai rombongan kami ialah Al-Marhum Tuan Guru Baba Abdul Aziz
Al-Fathoni.
Detik itu
merupakan kali terakhir saya dapat berjumpa dan berkhidmat dengan almarhum Baba
Abdul Aziz yang kembali ke Rahmatullah selepas satu minggu pulang dari
Pontianak. Pemergian Ulama’ al Fathani yang bermukim di Makkah selama 22 tahun
adalah satu kehilangan besar untuk ummah. Sebaik mendapat khabar pemergian
almarhum Tuan Guru waktu tengah malam, saya langsung ke Pattani dari Shah Alam.
Moga Allah tempatkan almarhum Baba bersama para kekasihNya.
Berbalik kepada permusafiran, saya memulakan perjalanan ke Pontianak melalui Sarawak. Bermula dari Bandar Kuching. saya menaiki bas ekspres meredah sempadan selepas lebih kurang 2 jam di dalam bas. Selesai cop passport dan ‘scan’ bagasi di sempadan Sarawak – Kalimantan, bas kembali menyambung perjalanan. Jalan raya yang tidak berturap dengan baik menyebabkan bas dipandu sangat perlahan. Mujurlah, ‘air-cond’ bas berfungsi dengan baik. Bukan apa, terdapat bas yang ‘air-cond’nya rosak. Perjalanan bertemani hujan peluh !. Ketika dalam bas, saya sempat mencuri mata melihat perkampungan Dayak yang boleh dilihat dari jendela bas. Suku Dayak adalah antara suku yang digeruni di Indonesia kerana terkenal dengan ilmu hitam yang sudah banyak ‘menewaskan’ orang.
Berbalik kepada permusafiran, saya memulakan perjalanan ke Pontianak melalui Sarawak. Bermula dari Bandar Kuching. saya menaiki bas ekspres meredah sempadan selepas lebih kurang 2 jam di dalam bas. Selesai cop passport dan ‘scan’ bagasi di sempadan Sarawak – Kalimantan, bas kembali menyambung perjalanan. Jalan raya yang tidak berturap dengan baik menyebabkan bas dipandu sangat perlahan. Mujurlah, ‘air-cond’ bas berfungsi dengan baik. Bukan apa, terdapat bas yang ‘air-cond’nya rosak. Perjalanan bertemani hujan peluh !. Ketika dalam bas, saya sempat mencuri mata melihat perkampungan Dayak yang boleh dilihat dari jendela bas. Suku Dayak adalah antara suku yang digeruni di Indonesia kerana terkenal dengan ilmu hitam yang sudah banyak ‘menewaskan’ orang.
Alhamdulillah, selepas 12 jam berada di bangku bas, akhirnya
kami tiba di tempat penginapan pada lewat malam. Masing-masing ‘capek’
(kepenatan). Sementara itu, Almarhum Tuan Guru Baba Abdul Aziz yang menaiki
pesawat dari Kuching ke Pontianak tiba lebih awal bersama beberapa orang murid
beliau.
Setelah
beberapa hari acara maulid, kami mengambil peluang menziarahi tempat-tempat
bersejarah sekitar Kota Pontianak. Saya kurang pasti kenapa saya agak lambat
untuk menulis travelog saya di Pontianak, mungkin kerana saya tidak ketemu
gambar-gambar saya di Pontianak, apatah lagi gambar saya bersama Pontianak
(gurauan) kerana saya agak ralat menulis tanpa gambar sebenarnya. Untuk pengetahuan sahabat, ribuan gambar
simpanan saya hilang akibat masalah teknikal. Moga ada kesempatan ke sana lagi.
A'la kulli
hal beberapa hari ini cerita tentang Kesultanan Pontianak singgah ke benak
fikiran saya setelah ada sahabat bertanya tentang sejarah di sana. Saya yang
pernah ke sana terpanggil untuk memberikan ‘respon’ terhadap pertanyaan sahabat
dan tidak semena-mena telah menjadi tulisan yang panjang lebar. Terima kasih
sahabat !.
Di
Pontianak, saya juga sempat menziarahi Keraton (Istana) Kesultanan Pontianak,
namanya Istana Kadariah yang terletak di Kecamatan Pontianak Timur Selain itu,
saya juga menziarahi Makam Sultan – Sultan Kesultanan Pontianak dan Makam Habib
Husein Al Qadri. Saya juga tidak lepaskan peluang melawat Tugu Khatulistiwa dan
Masjid Jami’ Pontianak yang tersergam indah serta Istana Amantubillah di
Kecamatan Mempawah Timur peninggalan Kesultanan Mempawah.
Kota
Pontianak
Kota
Pontianak dianggap pintu gerbang Kalimantan Barat kerana lokasinya yang
stratergik. Kota ini berada di persimpangan sungai, terbahagi wilayahnya kepada
beberapa bahagian yakni Pontianak Timur, Pontianak Utara, Pontianak Barat dan
Pontianak Selatan. Kota Pontianak yang merupakan ibu kota provinsi Kalimantan Barat
juga adalah kota migrasi dan juga tempat urbaniasasi penduduk dari daerah luar.
Oleh kerna itu, kependudukan di sini bercampur pelbagai bangsa dan etnik.
Menurut kajian Enirahayul, ada tiga faktor yang menyebabkan kota Pontianak
menjadi pilihan, pertama, kerana ia pusat pemerintahan Kalimatan Barat. Kedua,
kedudukannya sebagai kota perdagangan dan ketiga ialah tempat pelabuhan. Sebahagian
besar penduduknya adalah beragama Islam.
Peta Pontianak Di Kalimantan Barat |
Kesultanan
Pontianak
Kesultanan
Pontianak adalah Kesultanan di Kalimantan Barat yang diasaskan pada 23 Oktober
1771M bersamaan 27 Rejab 1185H. Sejarah Kalimantan Barat mencatatkan Kesultanan
Pontianak adalah kesultanan terakhir yang tertegak di wilayah tersebut. Ini
kerana, tiada lagi Kerajaan atau Kesultanan yang berdiri selepas Kesultanan
Pontianak.
Istana Kadriah Kesultanan Pontianak |
Kesultanan
termuda ini telah meninggalan warisan dan sejarah yang unik. Kendatipun,
Kesultanan ini boleh dianggap adik
bongsu kepada Kesultanan lain yang lebih tua, tetapi ia mampu berperanan
menjadi penyatu dan kunci serta memimpin kesultanan lain di wilayah Kalimantan
Barat ketika hayatnya. Kesultanan Pontianak juga dikenali dengan nama
Kesultanan Qadriah sempena nama kabilah pengasasnya iaitu Al Qadri.
Tempoh pemerintahan kesultanan Pontianak tidak lama hanya 179 tahun, dan
diperintah oleh 8 generasi sultan dari dinasti Al Qadri cuma, sejak
kelahirannya 1771M hingga ke Proklamasi Kemerdekaan Republik Indonesia 1945 M.
Setelah itu, kesultanan ini tidak lebih dari sekadar warisan budaya yang tidak
mempunyai kekuasaan politik apapun lagi .
Pengasas
Kesultanan Pontianak
Kesultanan
pontianak ini didirikan oleh Sultan Sayyid Syarif Abdul Rahman Bin Al Habib Husein
Al Qadri (kadang-kadang dieja Al Kadrie). Ayahanda baginda, Al Habib Sayyid
Husein Al Qadri, adalah seorang Ulama’ besar berketurunan Sayyid dari keturunan
ahlul bait (baca: keturunan ke-34 Rasulullah saw) dan penyebar agama Islam yang berasal
dari Hadramaut, Yaman Selatan.
Habib
Husein mengembara dari kampung halamannya ke pelbagai tempat untuk berdakwah
hingga ke wilayah Nusantara ini. Banyak tempat yang pernah Habib Husein
kunjungi seperti Aceh dan Semarang, Kemudian kembali berlayar ke Kerajaan Matan
pada tahun 1731 M berdasarkan dokumen Belanda yang ditulis oleh Martinus
Nijhoff pada 1925.
Di
Matan, ternyata susuk Habib Husein diterima dan disenangi penduduk
setempat hingga ke pemerintah. Lalu, Habib Husen Al Qadri dilantik menjadi
Qadhi (Hakim) dalam pengedalian hukum hakam Kerajaan Matan. Di Matan, Habib
Husein menikahi seorang putri Sultan Muhammad Zainuddin (Sultan Matan) yang
bernama Nyai Tua. Pernikahan Habib Husein dengan Nyai Tua ini yang melahirkan
Syarif Abdul Rahman Al Qadri.
Setelah menetap beberapa tahun di Matan, Habib Husein dan Syarif Abdul Rahman
Al Qadri berhijrah ke Kerajaan Mempawah yang diperintah oleh Panembahan Adijaya
anak Opu Daeng Manambon untuk melanjutkan dakwah syi’ar islam.
Di Mempawah Syarif Abdul Rahman Al Qadri, berumur 18 tahun ketika itu
telah dikahwinkan dengan Utin Candramidi, puteri Opu Daeng Manambon dengan
Puteri Kusumba. Setelah perkawinannya dengan Utin Candramidi, Syarif Abdul Rahman
bergelar Pangeran Syarif Abdul Rahman Al Qadri. Beliau adalah pedagang,
perantau, pelayar dan ulama penyebar ajaran Islam seperti Ayahnya.
Suatu
hari, bertarikh 11 Rabiulakhir 1185 H/24 Jun
1771 M, sekembali Syarif Abdur Rahman dari merantau, Tuan Besar Mempawah juga ayahandanya, Habib
Husein Al Qadri telah kembali ke Rahmatullah.
Pemergian Ayahnya sangat memberi kesan kepada Syarif Abdul Rahman dan
telah mendorong beliau berhijrah mencari tempat yang bukan sahaja sebagai pusat
perdagangan akan tetapi lebih tepat sebenarnya pusat pemerintahan baru.
Pada 14 Rejab 1185 H bersamaan 23 Oktober 1771 M,
Syarif Abdul Rahman telah berangkat meninggalkan Mempawah dengan 14 buah perahu
kecil. Beliau tiba di suatu sungai kira-kira waktu malam.
Keesokan harinya, Syarif
Abdur Rahman pun masuk ke Selat Pontianak dan berhenti di situ selama lima
malam. Pada hari Rabu kira-kira pukul 4.00 pagi.
Saya masih ingat Supir
(pemandu) kami bercerita,
“Pak, semasa pembukaan
hutan, datangnya makhluk-mahkhluk yang dipanggil Pontianak mengganggu rombongan
terutama waktu malam. Suara mengilai mereka juga selalu kendengaran. Bukan itu
sahaja, susuk mereka memang nampak”
Supir kami terus
menyambung,
“apabila sampai ke
pengetahuan Syarif Abdul Rahman Al Qadri, Syarif Abdul Rahman Al Qadri membawa
sebuah meriam besar ke tengah hutan tersebut. Beliau kemudian menyalakan meriam
itu ke sekumpulan Pontianak supaya Pontianak itu ketakutan. Stategi beliau
berjaya dan Pontianak beransur-ansur hilang”
“okay pak, untuk
pengetahuan bapak, meriam yang digunakan
menakutkan sekumpulan pontianak masih tersimpan di hadapan Istana Kadriah”,
tutur supir.
Kami yang memang dalam
perjalanan ke Istana Kadriah terasa tidak sabar untuk melihat meriam yang
dimaksudkan.
“Ganas betul pontinak
di sini, sampai kena guna meriam”, bisik hati saya.
“Macam Maya Karin tak
Pontianak tu”, Tanya seorang sahabat saya secara berseloroh.
saya jawab, “kalau
Pontianak macam Maya Karin, ramai la pergi tangkap pontianak……tapi ada berani
ke”.
Kami tergelak
beramai-ramai.
Meriam yang digunakan Syarif Abdul Rahman untuk menakutkan Pontianak. Ia masih tersimpan hingga kini di hadapan Istana |
Tamatnya gangguan Pontianak, hutan belantara yang memenuhi pulau itu ditebas dengan jayanya. Setelah habis ditebas, di dirikan sebuah rumah dan sebuah balai. Proses itu mengambil masa lapan hari dan di dalam tempoh tersebut, Syarif Abdul Rahman kembali ke Mempawah mengambil sebuah kapal dan sebuah tiang sambung. Tarikh 4 Ramadhan 1185 H/11 Disember 1771 M Syarif Abdul Rahman pindah ke pulau itu.
Hari Isnin, 8 Syaaban 1192 H bersamaan 1 September 1778 M, Syarif Abdul Rahman Al Qadri diangkat menjadi Sultan bagi Kesultanan baru di tengah hutan itu kemudian Baginda menamakan dengan nama ‘Pontianak’ merujuk wilayah kekuasaannya mengambil sempena peristiwa gangguan susuk Kuntilanak ketika pembukaan hutan. Hal ini menjadi asal usul nama Kota Pontianak.
Tak dinafikan, disana ada versi lain kenapa nama ‘Pontianak’ diangkat menjadi nama Kesultanan. Sebagai contoh, penamaan nama Pontianak dikatakan juga dari kata Ayunan Anak, atau berasal dari Pohon Punti. Ada juga menyebut berasal dari pontian yang bermaksud tempat perhentian dan lain-lain.
Cumanya, sejarah sekumpulan Pontianak (atau kuntilanak) itu sendiri menjadi sebab penamaan Kesultanan Pontianak lebih masyhur dan menjadi cerita yang diwariskan dari satu generasi ke generasi.
Tersebut di dalam salah satu manuskrip yang berasal dari tulisan Syarif Abu Bakar Al Kadrie (cicit Sultan Pontianak pertama) yang bertarikh 28 Rabiulakhir 1350H bersamaan 9 September 1931M,
Telah berkata Sayyid Syarif Abdur Rahman Al Qadri, "Berhenti perang kerana sekalian hantu dan syaitan (Pontianak) yang berbuai pada malam hari di pulau itu telah habis lari, janganlah tuan-tuan takut, marilah kita turun menebas pulau itu''.
Nak cakap terima kasih ke tidak ya kepada Pontianak yang menjadi sebab kepada nama tersebut. Terserah la yer ! (gurauan).
Pertabalan Al Qadri
Menjadi adat, sesebuah kerajaan adalah dikira berdaulat apabila adanya pengiktirafan Kerajaan atau kesultanan yang lain. Kesultanan Pontianak tidak terkecuali. Maka telah datang Raja Haji Ibni Daeng Chelak (baca : As Syahid Raja Haji Fisabililah), Yang dipertuan Muda Riau yang keeempat (1727-1784M) untuk meneliti karisma dan tuah Syarif Abdul Rahman Al Qadri serta menyelidik pandangan rakyat. Apabila semua penduduk Pontianak bersetuju pelantikan Syarif Abdul Rahman, Raja Haji mengirim utusan ke negeri sekitar iaitu Mempawah, Matan, Landak dan Kubu. Raja-Raja negeri tersebut memberi perkenan dan restu pelantikan.
Susulan itu, pada tarikh yang tersebut (Isnin, 8 Syaaban 1192 H bersamaan 1 September 1778 M), telah berhimpun sekalian tuan-tuan sayyid, para raja dan rakyat negeri Pontianak menyaksi pertabalan Syarif Abdul Rahman Al Qadri.
Raja Haji yang juga merupakan adinda Sultan
Salahuddin (Sultan Selangor pertama) bertitah, bertitah,
“Adapun kami memberitahu kepada sekalian tuan-tuan sayid, raja-raja, dan sekalian isi negeri Pontianak ini, pada hari ini, Paduka Pangeran Syarif Abdur Rahman Nur Allam kita sahkan berpangkat dengan nama Paduka Sultan Syarif Abdur Rahman al-Qadri, iaitu raja di atas takhta kerajaan Negeri Pontianak, demikianlah adanya''
Saya meneka kedatangan dan restu daulat dari Raja Haji kepada Syarif Abdul Rahman Al Qadrie adalah kerana faktor hubungan kekeluargaan. Raja Haji Bin Daeng Chelak adalah sepupu kepada isteri Syarif Abdul Rahman Al Qadri iaitu Utain Candra Maidi Bt Daeng Menambon kerana Ayahanda mereka berdua (Daeng Chelak dan Daeng Menambon) adalah adik beradik. Daeng Chelak dan Daeng Manambon mempunyai 3 saudara lelaki lagi iaitu Daeng Merewah, Daeng Perani dan Daeng Kemasi. Kelima putera Oppu Tendri Bura Dilaga dari Kesultanan Luwu’-Bugis merupakan lima saudara agung yang pernah dilahirkan di Nusantara ini. kelima-lima mereka merupakan pelayar hebat yang telah memainkan peranan penting dalam aspek penyebaran Islam dan kekuasaan politik di Nusantara khusnya di Semenanjung Tanah Melayu, Kalimantan serta Sumatera.
Maka tertegak Kesultanan Pontianak dari zuriat keturunan Rasulullah dari kabilah Al Qadri. Dari Yaman, keluarga ini datang berdakwah ke Nusantara. Takdir Allah, dikurniakan Allah akan mereka Al Qadri akan kerajaan. Mereka tidak hanya berdakwah tetapi juga mendirikan kekuasaan.
Baginda Sayyid Syarif Abdul Rahman Al Qadri bin Sayyid Husein ibni Sayyid Ahmad ibni Sayyid Hussein ibni Sayyid Muhammad ibni Sayyid Salim ibni Sayyid Aqil ibni Sayyid Abdullah ibni Sayyid Muhammad ibni Sayyid Salim ibni Sayyid Ahmad ibni Sayyid Abdul Rahman ibni Sayyid Ali ibni Sayyid Muhammad ibni Sayyid Hassan al Muallim ibni Sayyid Muhammad ibni Sayyid Hasan ibni Sayyid Ali ibni Muhammad Fakeh Al Muqaddam ibni Ali ibni Muhammad Sahib Mirbath ibni Ali Khali’ Qasam ibni Alawi ibni Muhammd ibni Alawi ibni Syaikh Ubaidillah ibni Ahmad Muhajir Ibni Isa Ar Rumi ibni Muhammad Al Naqib ibni Ali Al Uraidhi ibni Jaafar As Sadiq ibni Muhammad Al Baqir ibni Ali Zainal Abidin ibni Al Husein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasululilah saw.
Pakar nasab alawiyin di Hadramaut telah mengesahkan salasilah ini. Boleh merujuk Kitab Syamsu Ad Dzhohirah.
Telah memerintah Paduka Sultan Syarif Abdul Rahman Al Qadri Nurul Alam dan keturunannya selama turun temurun hingga Kesultanan Pontianak bergabung menyertai Negara Kesatuan Republik Indonesia selepas Kemerdekaan Indonesia 1945M. Setelah itu, kesultanan ini tidak lagi mempunyai kekuasaan politik, hanya lebih dari sekadar lambang dan warisan budaya yang terikat dengan sumpah panca sila.
Baginda Sayyid Syarif Abdul Rahman Al Qadri bin Sayyid Husein ibni Sayyid Ahmad ibni Sayyid Hussein ibni Sayyid Muhammad ibni Sayyid Salim ibni Sayyid Aqil ibni Sayyid Abdullah ibni Sayyid Muhammad ibni Sayyid Salim ibni Sayyid Ahmad ibni Sayyid Abdul Rahman ibni Sayyid Ali ibni Sayyid Muhammad ibni Sayyid Hassan al Muallim ibni Sayyid Muhammad ibni Sayyid Hasan ibni Sayyid Ali ibni Muhammad Fakeh Al Muqaddam ibni Ali ibni Muhammad Sahib Mirbath ibni Ali Khali’ Qasam ibni Alawi ibni Muhammd ibni Alawi ibni Syaikh Ubaidillah ibni Ahmad Muhajir Ibni Isa Ar Rumi ibni Muhammad Al Naqib ibni Ali Al Uraidhi ibni Jaafar As Sadiq ibni Muhammad Al Baqir ibni Ali Zainal Abidin ibni Al Husein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasululilah saw.
Pakar nasab alawiyin di Hadramaut telah mengesahkan salasilah ini. Boleh merujuk Kitab Syamsu Ad Dzhohirah.
Sekian,
Angah Sunan
angahsunan.blogspot.my
Rujukan,
1. Kembara penulis di Kalimantan Barat
2. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
3. http://www.kalbariana.web.id/kesultanan-qadariyah-pontianak-perspektif-sejarah-dan-sosiologi-politik-1/
Prediksi Bola Lyon vs St Etienne 02 Maret 2020
ReplyDeletePrediksi Bola Werder Bremen vs Eintracht Frankfurt 02 Maret 2020
Prediksi Sepakbola dari hasilbola.vip akan memberikan tips perhari seperti biasa. Dengan akurat-akurat 100% Pastinya. Akurat Prediksi Sepakbola ini dijamin bakal memenangkan pertandingan Bola ini. YUk langsung saja kunjungi situs kami di hasilbola.vip
Terima kasih sudah mengizinkan saya berkomentar disini.