Wednesday, 12 April 2017

Seni Dakwah Sunan Gresik - Perubatan & Pertanian

Syukur, 2/6/2016, lebih kurang 4.30petang, angah tiba di kawasan pemakaman Syaikh Maulana Malik Ibrahim atau juga dikenali Sunan Gresik di desa Gapuro Sukolilo, Gresik, Jawa Timur. Dari kota Surabaya, jaraknya sekitar 25km dan mengambil tempoh 30minit perjalanan.

Makam Syeikh Maulana Malik Ibrahim Gresik

Di desa tersebutlah Syaikh Maulana Malik Ibrahim dimakamkan. Lokasinya sangat mudah ditempuh oleh para penziarah kerana jaraknya dari Gresik hanya sekitar 500m. Dalam erti kata yang lain, makam wali yang karismatik ini berada di tengah-tengah kota Gresik. Oleh kerana itu, kenderaan awam mudah didapati untuk ke makam. Justeri itu, ia memudahkan para penziarah yang tidak menggunakan kenderaan peribadi atau rombongan untuk sampai ke tempat Syaikh Maulana Malik Ibrahim.
Saat tiba di makam, tarikan pasti tertumpu ke bangunan makamnya yang mempunyai perbezaan dari makam-makam Sunan yang lain. Ini kerana, makamnya memiliki ciri khas tersendiri iaitu dari batu marmar yang berbentuk seperti kapal asal Gujarat. Apatahlagi, ditambah dengan tulisan huru arab yang penuh seni. Di sekitar kawasan pemakaman juga, dihiasi seni-seni ukir yang sarat makna- makna dari seni klasik yang masih rapi terpelihara.

Gadura Paduraksa

Untuk masuk ke dalam makam Sunan Gresik atau Maulana Malik Ibrahim, para penziarah akan melalui Gadura Paduraksa yang merupakan pintu masuk ke Makam. Gadura Paduraksa di dirikan dari bahan batu bata. Disisi kanan bawah Gapura, terdapat prasasti pendek bertuliskan angka Jawa Kuno iaitu 1340 Saka atau 1419M. Tahun ini sama dengan tahun wafatnya Sunan Gresik.
Pohon-pohon besar yang tumbuh subur di kawasan pemakaman hingga menambah suasana nyaman bagi para penziarah.

Pohon besar di Makam

Para Penziarah

Di kalangan Wali Songo, Maulana Malik Ibrahim disebut-sebut sebagai wali paling senior, atau wali pertama. Beliau juga dikenali sebagai Syeikh Maghribi atau Sunan Gresik. Ada yang mengatakan beliau berasal dari Turki, Arab Saudi, dan Gujerat (India). Sumber lain menyebutkan beliau lahir di Campa (Kemboja).
Setelah cukup dewasa, Maulana Malik Ibrahim diminta ayahnya, Barokat Zainul Alam, agar merantau, berdakwah ke negeri selatan. Maka, ikut bersama 40 anggota rombongan menyertainya. Beliau dan rombingannya mengharungi samudera berhari-hari. Mereka kemudian berlabuh di Sedayu, Gresik, pada 1380 M. Mengenai tahun ''pendaratan'' ini pun terdapat beberapa versi.
Buku pegangan juru kunci makam Maulana Malik Ibrahim, misalnya, mencatatkan tahun 1392 M. Beberapa naskah lain bahkan menyebut tahun 1404. Rombongan Malik kemudian menetap di Desa Learan, sekitar sembilan kilometer di barat kota Gresik. Ketika itu, Gresik berada di bawah Kerajaan Majapahit.
Pada waktu Maulana Malik Ibrahim sampai di Tanah Jawa, kerajaan Majapahit berada di ambang keruntuhan disebabkan perang saudara merebut takhta. Sehingga, keadaan pada masa itu dipenuhi dengan rusuhan, rompakan dan masalah sosial. Menghadapi situasi demikian, Maulana Malik Ibrahim menggunakan cara yang bijaksana berdasarkan ajaran al-Quran. Ayat tersebut ialah:
“Serulah(manusia) kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (An Nahl : 125)
Bermula dari sini, Maulana Malik Ibrahim mula memulakan dakwahnya, dengan cara menjauhi konfrontasi. Sebagian besar masyarakat setempat ketika itu menganut Hindu yang menjadi agama rasmi Kerajaan Majapahit. Beliau melakukan sesuatu yang sangat sederhana iaitu membuka warung yang menjual makanan dengan harga murah. Dalam waktu singkat, warungnya dikunjungi ramai orang.
Maulana Malik melangkah ke tahap berikutnya iaitu membuka tempat rawatan dan menjadi tabib. Proses rawatan beliau menggunakan doa-doa yang diambil dari Al-Quran serta ramuan daun-daunan, dengan Izin Allah, ia telah menyembuhkan penyakit. Beliau pun seakan menjelma menjadi ''penolong'' bagi masyarakat Jawa ketika itu. Apalagi, beliau tidak pernah minta dibayar.
Di tengah komuniti masyarakat Hindu di kawasan itu, beliau cepat dikenali, karena beliau tidak mengikut sekatan kasta yang menjadi lumrah dalam pegangan penganut Hindu. Beliau malah memperlakukan semua orang sama darjat. Maulana Malik Ibrahim menjelaskan bahwa dalam agama Islam, semua manusia sama darjat disisi Allah melainkan mereka yang bertaqwa kepada Allah.
Bila orang bertanya masalah agama kepada beliau, beliau tidak menjawab dengan berbelit-belit melainkan dijawabnya dengan mudah sesuai dengan pesan Nabi Muhammad yang menganjurkan agama disebarkan dengan cara yang mudah dan sesuai dengan orang dihadapan.
Biar kita ambil misal dari kisah ini, diceritakan dalam buku History of Java karangan Sir Stamford Raffles, pada suatu hari Syaikh Maulana Malik Ibrahim ditanya, “Apakah yang dinamakan Allah?
Beliau tidak menjawab secara panjang lebar. Jawapannya ringkas dan jelas iaitu, “Allah adalah Zat yang diperlukan ada-Nya”.
Beransur-ansur, jumlah pengikutnya terus bertambah. Setelah jumlah mereka semakin banyak, Maulana Malik Ibrahim mendirikan masjid.
Beliau juga berasa perlu membangun bilik-bilik tempat menimba ilmu bersama. Model belajar seperti inilah yang kemudian dikenal dengan nama pesantren. Dalam mengajarkan ilmunya, Maulana Malik mempunyai kebiasaan khas iaitu meletakkan Al-Quran atau kitab hadis di atas bantal. Karena itu beliau kemudian dijuluki ''Kakek Bantal''.
Cara dakwah Sunan Gresik tidak langsung menentang kepercayaan mereka yang batil itu melainkan mendekati mereka dengan penuh hikmah. Beliau menunjukkan kenidahan dan akhlak sebagaimana ajaran Baginda s.a.w.
Dua tahun Maulana Malik Ibrahim berdakwah di Gresik, beliau tidak hanya membimbing masyarakat untuk mengenal dan mendalami Islam, bahkan beliau juga memberikan tambah nilai kepada taraf kehidupan masyarakat Gresik menjadi lebih baik. Beliau juga mempunyai gagasan mengalirkan air dari gunung untuk mengairi lahan pertanian penduduk.
Dengan adanya sistem pengairan yang baik ini, lahan pertanian menjadi subur dan hasir pertanian bertambah banyak. Para petani menjadi makmur dan dapat mengerjakan ibadah dengan tenang. Setelah itu, mereka diajar bersyukur kepada Yang Memberikan Rezeki iaitu Allah s.w.t.
Andai kata Maulana Malik Ibrahim tidak membantu meningkatkan taraf hiudp masyarakat Gresik, tentu mereka sukar diajak kepada Agama Islam dan beribadah dengan tenang. Bukan kah Baginda bersabda, “Kefakiran menjurus kepada kekufuran”.
Bagaimana mungkin orang awam atau yang baru berjinak dengan Islam dapat beribadah dengan tenang jika seharian disibukkan dengan urusan sesuap nasi. Ini lah resepi dakwah yang mesti diikuti.
Sifatnya yang lemah lembut dan ramah kepada semua orang baik sesama muslim atau dengan non muslim membuatkannya terkenal sebagai tokoh masyarakat yang disegani dan dihormati. Keperibadiannya yang baik itulah yang menarik hati penduduk setempat sehingga mereka berbondong-bondong masuk Islam dengan sukarela dan menjadi pengikut beliau yang setia.
Walaupun pengikutnya terus bertambah, Maulana Malik berasa belum puas sebelum berhasil mengislamkan Raja Majapahit. Beliau faham benar akan tradisi Jawa sarat dengan budaya ''patron-client''. Rakyat akan selalu merujuk dan berteladan pada perilaku Raja. Karena itu, mengislamkan Raja merupakan pekerjaan yang sangat memerlukan strategi.
Pelbagai usaha supaya sang Raja masuk Islam. Namun, belum menampakkan hasil sehingga Maulana Malik Ibrahim @ Sunan Gresik menemui ajal pada tahun 822H atau 1419M. Beliau telah dimakamkan di Gapura Wetan, Gresik, Jawa Timur.
Makam beliau telah termasuk salah satu peningalan bersejarah yang dapat menjadi bukti datangnya Islam pertama kali datang ke Tanah Jawa khususnya dan Nusantara pada umumnya. Batu nisannya memiliki keunikan tersendiri, kerana berbeza dengan nisan-nisan buatan orang-orang Jawa.
Pada bingkai nisan tertulis beberapa ayat al-Quran iaitu Surah Al-Imran ayat 185, Surah Ar Rahman ayat 26-27, dan Surah At Taubah ayat 21-22. Sedangkan pada batu nisan beliau terdapat Inskripsi berikut:
“Inilah makam Almarhum Almaghfur, yang berharap rahmat Tuhan, kebangga para Pangeran, sendiri para sultan dan para menteri, penolong fakir miskin yang berbahagia lagi syahid, cemerlangnya simbol Negara dan agama, Malik Ibrahim yang terkenal dengan Kakek Bantal. Allah meliputinya dengan Rahmat-Nya dan keredhaanNya dan dimasukkan ke dalam syurga. Telah wafat pada hari Isnin, 12 Rabiuawal tahun 822H.

Penulis (angah) berdoa di Makam Sunan Gresik
Sudah terang lagi bersuluh, di makam juga tertulis, maka jelas bahawa Maulana Malik Ibrahim atau Sunan Gresik adalah penolong fakir miskin, sangat dihormati para pembesar, raja. Hal itu menunjukkan pengiktirafan kepada perjuangan beliau terhadap masyarakat.
~Angah Sunan~ #TravelogWaliSongo

No comments:

Post a Comment

Enam Sebab Saya Berbangga Dengan Kemerdekaan Tanah Melayu

  1.Islam Berada Di Kedudukan Tinggi Dalam Perlembagaan   Saya sangat berbangga dalam rundingan kemerdekaan Tanah Melayu, ketika banyak nega...